Hi! Welcome Back and Stay Tune! Selepas Tular, Lelaki Kayuh Basikal Hantar 'anak-anak' Ke Sekolah Dibantu - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Selepas Tular, Lelaki Kayuh Basikal Hantar 'anak-anak' Ke Sekolah Dibantu

PENGARUH media sosial hari ini bukan calang-calang.

Jika digunakan dengan baik, hasilnya juga pasti akan membawa manfaat kepada ramai orang.

Sekali lagi, kuasa media sosial digunakan untuk membantu memberi harapan baharu kepada insan yang memerlukan.

Beberapa hari lalu, pengguna Facebook berkongsi menularkan beberapa gambar yang memperlihatkan seorang lelaki, mengayuh basikal dengan membawa tiga pelajar sekolah.

Ia membangkitkan rasa simpati netizen yang mahu mengenali dan membantu lelaki tersebut.

Dia dijejaki netizen yang prihatin dan barulah diketahui lelaki tersebut bukanlah bapa kepada pelajar-pelajar itu seperti yang disangka ramai.

Kuasa media sosial digunakan untuk membantu memberi harapan baharu kepada insan yang memerlukan.
Bapa pelajar-pelajar itu, Encik Rasuludin, bekerja sebagai pembuat roti canai dan mempunyai kenderaan.

Namun pada hari berkenaan, dia tidak dapat menghantar anak-anaknya seperti biasa ke sekolah kerana keretanya rosak.

Lelaki yang dilihat menunggang basikal bersama anak-anaknya itu, Encik Ali, adalah rakannya.

Keprihatinan masyarakat Malaysia bukan sahaja membolehkan Rasuludin membaiki keretanya, tetapi juga difahamkan, Ali juga akan diberikan basikal untuk memudahkan perjalanan pergi dan balik ke tempat kerja.

Pihak berwajib seperti Lembaga Zakat Kedah pula menjelaskan, Rasuludin sememangnya antara penerima Bantuan Awal Persekolahan, selain beberapa lagi bantuan kecemasan.

Pihak mereka bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat akan terus memantau perkembangan keluarga ini. 

Syabas, rakyat Malaysia!

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://bit.ly/2nElrYe

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.