Hi! Welcome Back and Stay Tune! "Jangan Gunakan Filter & Ambil Gambar Sejam Selepas Matahari Terbit" – Pasangan Jurufoto Dedah Teknik Mereka Ambil Gambar Cantik Sehingga Pernah Dibayar RM40,000 Untuk Sekeping Foto - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

"Jangan Gunakan Filter & Ambil Gambar Sejam Selepas Matahari Terbit" – Pasangan Jurufoto Dedah Teknik Mereka Ambil Gambar Cantik Sehingga Pernah Dibayar RM40,000 Untuk Sekeping Foto

Jack Morris, 26, dan kekasih, Lauren Bullen, 24, bertemu pada Mac 2016 ketika sedang mengembara di Fiji.

Sejak dari itu, pasangan terbabit bersama-sama mengembara sebagai blogger travel dan telah melawat 45 buah negara bersama-sama. Dan, mereka memperoleh pendapatan enam angka setiap bulan untuk gambar-gambar yang cantik.

Dan kini, Jack, dari Manchester, mendedahkan tip paling berguna bagaimana dia dan kekasih mengambil gambar memukau.

“Di kebanyakan masa, kami suka mengambil foto sejam selepas matahari terbit. Kawasan yang sibuk tidak biasanya masih belum sibuk ketika ini,” tulisnya di blog Do You Travel.

Jack juga berkata dia mengelak dari menggunakan filter instagram dan selalu mengambil masa untuk memastikan gambar-gambarnya tepat.

“Saya edit semua gambar saya dengan cara yang sama menggunakan preset Lightroom dan saya rasa itu mungkin sebabnya mereka kelihatan hampir sama. Saya juga cuba merancang untuk foto seterusnya supaya ia kena dengan isi kandungan Instagram saya yang terbaru.” katanya.

“Saya tak gunakan sebarang aplikasi telefon atau filter, saya cuma mengedit foto saya menggunakan Lightroom di Macbook Pro. Jika foto saya kelihatan sedikit gelap, saya kadang-kadang memanipulasinya menggunakan editor pre-post di Instagram.

Jack juga mendedahkan dia dan Lauren mengambil semua foto mereka sendiri dan mana-mana foto mereka bersama diambil menggunakan tripod dengan alat kawalan masa.

Kini, pasangan itu mempunyai tiga juta pengikut di Instagram dan memperoleh beribu-ribu dollar untuk setiap post berbayar di media sosial itu.

Jack berkata, dia dan Lauren tidak akan mengambil kurang dari $3,000 (RM 13,000) untuk setiap post.

Paling mahal, Jack pernah dibayar sebanyak $9,000 (RM40,000) untuk sekeping foto.

Sumber: hellomagazine.com

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://bit.ly/2ox7Ju0

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.