Hi! Welcome Back and Stay Tune! Letupan Bom St Petersburg: Semua Pelajar Malaysia Selamat - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Letupan Bom St Petersburg: Semua Pelajar Malaysia Selamat

KUALA LUMPUR: Kesemua 21 pelajar Malaysia yang menuntut di State Marine Technical University of Saint (St) Petersburg, Rusia, dilapor berada dalam keadaan selamat berikutan letupan bom di dalam kereta api St Petersburg Metro.

Pengarah Majlis Amanah Rakyat (MARA), Pejabat Rusia, Syed Saifuddin Syed Ahmad berkata tiada rakyat Malaysia menjadi mangsa dalam letupan yang berlaku di bandar raya kedua terbesar Rusia itu semalam.

“Kesemua 21 pelajar Malaysia di St Pete berada di asrama mereka ketika letupan itu berlaku.

“Setakat ini, hanya pelajar berkenaan yang berdaftar dengan Kedutaan Malaysia di sini dan kesemua mereka adalah pelajar tajaan MARA,” katanya kepada Bernama melalui aplikasi Facebook Messenger di sini hari ini.

Syed Saifuddin, yang berada di pejabatnya di Moscow ketika kejadian itu berlaku, berkata letupan berlaku pada pukul 2.30 petang waktu tempatan.

Menurut saluran berita berbahasa Inggeris 24 jam Rusia, Russia Today (RT), letupan itu membunuh 11 penumpang serta mencederakan berpuluh yang lain dan memaksa seluruh sistem kereta api Metro ditutup bagi membolehkan skuad penyelamat dan pemusnah bom menjalankan operasi kecemasan.

Memetik Jawatankuasa Antikeganasan Kebangsaan, laporan itu berkata letupan tersebut berlaku ketika kereta api berkenaan dalam perjalanan antara stesen metro Tekhnologichesky Institut dan Sennaya Ploshchad. – BERNAMA

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://bit.ly/2oUh1fW

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.