Hi! Welcome Back and Stay Tune! Malaysia Tidak Menuju Gelembung Hartanah Dalam Tempoh Lima Tahun – IProperty - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Malaysia Tidak Menuju Gelembung Hartanah Dalam Tempoh Lima Tahun – IProperty

KUALA LUMPUR: Malaysia dijangka tidak mengalami gelembung hartanah dalam tempoh lima tahun, kata Pengurus Besar Perkhidmatan Data iProperty, P. Premendran.

Beliau berkata Malaysia telah mengambil iktibar daripada kegawatan ekonomi 1997-1998 serta krisis sub-prima gadai janji Amerika Syarikat pada 2008.

“Malaysia tidak akan mengalami gelembung hartanah memandangkan unjurannya untuk tempoh lima tahun akan datang sangat baik,” katanya kepada Bernama.

Walaupun Bank Negara Malaysia berkata pestabilan harga rumah akan mengambil sedikit masa, Premendran berkata, ia akan memperlahankan pertumbuhan ekonomi.

Beliau berkata landskap ekonomi semasa membolehkan pasaran melaraskan semula dan bertindak balas terhadap faktor-faktor yang berhubung kait dengan kos hidup yang semakin meningkat, pertumbuhan pendapatan yang tidak berubah serta peningkatan harga rumah.

“Ini merupakan punca kestabilan harga sekarang,” katanya, sambil menambah bahawa Indeks Harga Rumah Negara Malaysia meningkat 5.36 peratus pada suku ketiga 2016, lebih rendah berbanding 7.35 peratus dalam tempoh yang sama pada tahun sebelumnya.

Beliau berkata harga rumah meningkat lebih daripada purata pendapatan isi rumah Malaysia sejak 2009 hingga 2015, mencatatkan pertumbuhan dua angka antara 2012 dan 2013.

Premendran berkata pasaran kini disokong oleh projek hartanah yang dimulakan tahun lepas.

“Projek-projek ini akan dapat memenuhi jangkaan harga oleh orang ramai ke atas perumahan,” katanya.

Harga rumah mulai 2010 melepasi purata pendapatan isi rumah Malaysia, sebelum pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan.

Untuk masa hadapan, Premendran berkata rumah mampu milik terus mendapat permintaan yang tinggi, sama dengan situasi di UK, Australia dan Amerika Syarikat.

“Inisiatif kerajaan untuk meningkatkan infrastruktur merupakan langkah positif untuk pasaran hartanah Malaysia.

“Kita perlu memberi pasaran masa yang mencukupi untuk pelarasan sendiri dan kita akan mula melihat penentuan harga yang lebih berpatutan ke atas rumah,” katanya.

Sementara itu, Premendran berkata terdapat banyak pilihan untuk orang ramai memiliki rumah sendiri jika mereka berkompromi terhadap saiz dan jarak antara rumah dan tempat kerja.

Beliau berkata penanda aras Australia untuk kualiti hidup yang baik ialah 30 minit, dengan pekerja yang tiba di tempat kerja dalam tempoh setengah jam, dianggap sebagai pertumbangan yang asangat baik.

Prememdran berkata skim perumahan terkini seperti ‘Skim Rumah Pertamaku’ dan ‘duduk dan beli’, membolehkan pemilik rumah pertama menerima kunci lebih awal daripada tempoh yang biasa berbanding proses kawal aturan biasa bagi pembelian rumah.

— BERNAMA

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://bit.ly/2nWx5jO

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.