Hi! Welcome Back and Stay Tune! Penyokong Mahu Cheng Ho Kekal Hingga Hujung Musim - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Penyokong Mahu Cheng Ho Kekal Hingga Hujung Musim

AHLI Jawatankuasa Lang Merah Fans Associates, Ismail Zain (dua dari kiri) bersama beberapa wakil kelab penyokong bolasepak Kedah selepas sidang media di Stadium Darul Aman, hari ini. – Foto Izzali Ismail

ALOR SETAR: Lang Merah Fan Associates yang terdiri daripada beberapa kumpulan Kelab Penyokong di Kedah akan menyerahkan memorandum memohon Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) mempertimbangkan isu peletakan jawatan ketua jurulatihnya, Tan Cheng Hoe.

Menurut ahli jawatankuasanya, Ismail Zain, pihaknya juga memohon supaya jurulatih Tan Cheng Hoe menimbang semula keputusan peletakan beliau sebagai pengemudi skuad negeri itu.

“Tindakan drastik meletak jawatan ketika Kedah di kemuncak Liga Super ini sedikit sebanyak memberi impak negatif terhadap prestasi semasa pasukan.

“Sekiranya sudah menerima surat (tawaran) dari Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) nanti, kami juga sebagai penyokong setia perlu tahu apakah butiran terperinci yang terkandung dalam tawaran FAM.

“Kami berharap jika FAM benar-benar mahukan khidmat beliau, kami memohon FAM supaya membuat tawaran berkenaan di akhir musim nanti.

“Kami juga amat memahami dan menghormati tawaran FAM demi kemajuan bola sepak negara di bawah pimpinan presiden baharu Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

“Sebagai kelab penyokong, kami juga memohon perkenan Sultan Kedah yang juga peminat nombor satu pasukan Kedah,” katanya dalam satu sidang akhbar, hari ini.

Jelasnya, rayuan juga akan dikemukakan kepada Presiden KFA, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah supaya mengambil tindakan drastik dalam menangani isu ini, selain perjumpaan rasmi untuk membincangkan isu bola sepak Kedah.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://bit.ly/2nSZSEb

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.