Hi! Welcome Back and Stay Tune! MU Lepaskan Amri Ke Selangor - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

MU Lepaskan Amri Ke Selangor

Amri Yahya. – Foto Muhammad Zuhairi Zuber

MELAKA: Melaka United (MU) mengambil keputusan luar jangkaan apabila bakal melepaskan penyerang kebangsaan Amri Yahyah kembali ke pasukan asalnya Selangor, menjelang jendela perpindahan pemain musim ini.

Pengurus pasukan MU, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi berkata, walaupun berat membuat keputusan itu, dia bersedia memberi laluan kepada Amri untuk kembali berbakti bersama The Red Giants.

Menurutnya, penghijrahan pemain yang mesra digelar Wak Am itu adalah perencanaan tersendiri skuad Hang Tuah bagi mengharungi baki saingan Liga Super, walaupun mengakui bakal kehilangan penyerang termahal skuad terbabit.

Katanya, perbincangan lanjut sedang diatur bersama Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) Datuk Seri Subahan Kamal berkaitan perpindahan berkenaan.

“Peratusan Amri kembali ke Selangor amat tinggi, walaupun dia banyak menyumbang kepada kekuatan MU termasuk membantu kemenangan ke atas Sarawak dan Kelantan di pentas liga dan mengecewakan PKNS dalam saingan kedua Piala FA.

“Apapun kami juga memiliki strategi selepas ketiadaannya terutama dalam memastikan penggantinya nanti lebih berwibawa, jika tidak pasti kami tidak melepaskan Amri,” katanya di Melaka, hari ini.

Sebelum ini, MU membuktikan keazaman mereka mengharungi musim baharu Liga Super 2017 dengan mendapatkan khidmat kapten skuad kebangsaan itu yang diikat selama semusim.

Amri yang tamat kontrak bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) sebelum ini, pernah mengakui tawaran diberikan Melaka United sukar ditolak meskipun pilihan utamanya selepas JDT adalah negeri kelahirannya, Selangor.

Penyerang itu tetap memberikan yang terbaik setiap kali diturunkan, walaupun Melaka United kini berada di zon penyingkiran ke Liga Perdana 2018.

Amri pernah menjulang Piala AFC, tiga kejuaraan Liga Super berturut-turut dan Piala FA bersama JDT, serta dua trofi Piala Malaysia, dua kejuaraan Liga Super serta tiga Piala FA sepanjang 12 tahun bersama Selangor.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://bit.ly/2nYaB1z

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.