Hi! Welcome Back and Stay Tune! Muslim Mahu Kekal Dalam Kesebelasan Utama - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Muslim Mahu Kekal Dalam Kesebelasan Utama

PEMAIN pertahanan Pahang, Muslim Ahmad.

KUANTAN: Kepercayaan diberi Dollah Salleh pada perlawanan suku akhir pertama Piala FA ternyata memberi motivasi kepada pemain pertahanan Pahang, Muslim Ahmad untuk terus kekal dalam skuad utama.

Pemain kelahiran Kuala Terengganu, Terengganu itu bersedia disenaraikan dalam kesebelasan utama apabila skuad itu bertemu Kelantan di Stadium Sultan Mohd Ke-IV, Sabtu ini.

“Peluang dan kepercayaan diberikan pada aksi suku akhir pertama menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) sangat bermakna dalam meningkatkan keyakinan saya.

“Kalau boleh saya mahu terus berada dalam skuad utama Pahang… tapi, ia terpulang kepada jurulatih (Dollah Salleh) untuk pilih saya atau Mohd Afif Amiruddin.

“Setiap kali diberi peluang beraksi, saya akan memberikan yang terbaik bagi memastikan kemenangan menjadi milik kami,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Ditanya peluang skuad Tok Gajah meraih tiga mata di tempat lawan, Muslim berkata, peluang untuk menang tetap ada dan tidak mustahil bagi mereka mencuri tiga mata.

“Ini tidak bermakna kita memandang rendah kemampuan Kelantan… mereka juga pasti mahu menang apatah lagi di laman sendiri.

“Kita akan memberi saingan kepada mereka dan kita tengok hasilnya (keputusan) nanti.

“Kalau kita boleh kekalkan momentum sama ketika beraksi menentang JDT hujung minggu lalu, tidak mustahil kita boleh menang,” katanya.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://bit.ly/2nEiCWW

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.