GP Malaysia Penting Buat Mercedes AMG PETRONAS – Bottas
PEMANDU F1 Pasukan Mercedes AMG Petronas, Valtteri Bottas pada sidang media pengumuman beliau sebagai Duta Penjenamaan Global Petronas di KLCC. – Foto Aswadi Alias
KUALA LUMPUR: Pemandu Mercedes AMG PETRONAS, Valtteri Bottas berharap Malaysia akan terus menganjurkan perlumbaan Formula Satu (F1) selepas kontraknya berakhir pada 2018.
Bottas yang ditemui sempena pengumumannya sebagai duta jenama antarabangsa PETRONAS hari ini, berkata perlumbaan Grand Prix (GP) Malaysia dinilai sebagai penting terhadap pasukan itu kerana ia dianggap aksi di laman sendiri.
“Saya harap perkara ini tidak berlaku,” kata Bottas mengulas spekulasi tindakan Malaysia yang ketika ini sedang mempertimbangkan untuk menghentikan perlumbaan F1 selepas kontrak penganjurannya tamat pada 2018.
“Saya amat menggemari litarnya. Saya gemar datang ke sini kerana cuaca dan juga litarnya. Saya punyai peminat di sini. Ia juga perlumbaan di laman sendiri untuk pasukan kami,” kata pelumba kelahiran Finland itu
Bottas menyertai pasukan Mercedes AMG PETRONAS tahun ini bagi menggantikan juara dunia Nico Rosberg yang bersara pada penghujung musim lalu.
Berikutan pelantikan itu, Bottas menjadi wajah baharu untuk produk PETRONAS dan akan mengambil bahagian dalam pemasaran PETRONAS di peringkat global, program komunikasi dan promosi serta aktiviti bersama rakan sepasukan, Lewis Hamilton.
Sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Datuk Razlan Razali berkata, sekali pun tiada kepastian sama ada perlumbaan F1 GP Malaysia akan diteruskan selepas 2018, Malaysia tetap menghormati perjanjian yang dimeterai pada tahun lalu itu.
Razlan berkata, pihaknya mempunyai `tanggungjawab undang-undang’ bersama promoter perlumbaan, Pengurusan Formula One (FOM) untuk menganjurkan F1 di Malaysia untuk tempoh tiga tahun, bermula tahun ini sehingga baki kontrak itu tamat pada 2018.
Tahun lalu, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dilaporkan berkata negara ini terpaksa menghentikan penganjuran F1 sebaik kontraknya berakhir pada 2018, berikutan pulangan kewangan yang rendah.
Ia diikuti tindakan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menerusi beberapa `tweet’ di akaun Twitter peribadinya menjelaskan kos untuk menganjurkan perlumbaan itu begitu tinggi.
Mengulas pelantikannya sebagai duta PETRONAS, Bottas berkata dia berbangga untuk bekerjasama dengan syarikat gergasi berkenaan.
“Perasaannya cukup hebat untuk tiba di Kuala Lumpur sebagai pelumba PETRONAS untuk kali pertama. Saya bangga menjadi duta PETRONAS musim ini dan tidak sabar bekerjasama untuk membolehkan rakyat negara ini bangga.”
Mengenai hubungannya dengan Hamilton, Bottas berkata mereka bermula dengan begitu positif di perlumbaan pertama di Melbourne, Australia dua minggu lalu dan percaya mampu bekerja secara profesional demi kejayaan pasukan.
Bottas menamatkan perlumbaan pembuka musim di GP Australia di kedudukan ketiga, di belakang Hamilton dan pemandu Ferrari, Sebastian Vettel yang menjuarai perlumbaan.
Perlumbaan pusingan kedua dijadual hujung minggu ini di GP China di Shanghai.
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://bit.ly/2oEPCzg✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment