FELDA United Selesa Benam Ceres
PEMAIN FELDA United, Stuart Wark (kiri) diasak pemain Ceres Negros FC, Luke Woodland (dua dari kiri) dalam perlawanan kumpulan G Piala AFC 2017 di Stadium Shah Alam. – Foto Luqman Hakim Zubir
SHAH ALAM: FELDA United berjaya memanfaatkan kelebihan laman sendiri apabila menundukkan Ceres Negros FC 3-0, sekali gus mengutip tiga mata berharga dalam perlawanan Kumpulan G Piala AFC 2017 di Stadium Shah Alam, sebentar tadi.
Gol pertama FELDA United dijaringkan Muhammad Syahid Zaidon pada minit keenam selepas menerima hantaran cantik rakan sepasukan.
Tuan rumah menunggu sehingga babak kedua sebelum menambah jaringan kedua menerusi pemain tengah, Hadin Azman pada minit ke-65 selepas pergelutan di depan pintu gol Ceres.
Pemain gantian, Mohamad Fazrul Hazli menambah derita Ceres apabila menjaringkan gol ketiga FELDA United pada minit ke-76.
Sebelum jaringan pertama, wakil Filipina itu terlebih dulu melakukan serangan bertali arus ke kubu tuan rumah namun gagal dimanfaatkan jentera penggempur mereka.
Antara percubaan berbahaya dilakukan FELDA pula dicipta Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-23 dan kapten pasukan, Zah Rahan Krangar serta penyerang Gaston Andres Cellerino.
Kemenangan ini membolehkan FELDA United mengumpul lima mata, sekali gus menduduki tangga teratas Kumpulan G yang turut membabitkan T&T Hanoi dari Vietnam dan Tampines Rovers dari Singapura.
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://bit.ly/2nEZoQQ✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment