Hi! Welcome Back and Stay Tune! Cara Solat Taubat Yang Ringkas. Kalau Zina, Taubat Nasuha!.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Cara Solat Taubat Yang Ringkas. Kalau Zina, Taubat Nasuha!..

CARA SOLAT TAUBAT

Tahniah kerana anda sedang membaca artikel ini. Orang yang klik perkara baik seperti ini, mudah-mudahan diberikan hidayah oleh Allah untuk menjadi lebih baik. Bayangkan, dari banyak-banyak artikel di Internet ini, anda tergerak untuk membaca tentang cara solat taubat. Bukankah itu satu petanda baik? Bukankah Allah sedang ingin membantu kita?
Tidak dapat dinafikan, sebagai manusia, kita sememangnya selalu melakukan kesilapan. Namun, Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Jika Allah gerakkan hati kita untuk mencari panduan dan cara solat taubat, sudah tentu ini satu langkah kecil untuk perubahan yang lebih besar.
Jika dikenang dosa yang lalu, rasa kerdilnya diri kita di sisi Allah. Ada yang pernah melanggan pelacur. Ada yang berdua-duaan sebelum kahwin. Ada yang bersekedudukan dengan suami orang. Ada yang pernah bersama isteri orang. Ada yang pernah gugurkan kandungan. Ada yang menyesal melakukan zina berulang-ulang kali.
Ada pula yang sesal kerana kurang ajar dengan ibu-bapa, yang kini mungkin sudah meninggal dunia. Ada yang berantakan kerana harta peninggalan dan putus saudara. Ada yang minum arak dan sesal dengan perbuatan semasa muda dahulu. Ada isteri yang menipu suami. Ada suami yang sanggup berdusta dengan isteri. Ada rakan sekerja yang sanggup tikam belakang dan memburukkan rakan lain. Terlalu banyak jika mahu disenaraikan disini.
Tidak kira apa sahaja dosa yang kita lakukan, samada kecil atau besar, mohonlah keampunan dari Allah. Apa yang kita perlu buat ialah ikhlaskan hati dalam memohon ampun pada Allah. Tidak cukup dengan itu, perlu belajar cara solat taubat agar kita rasa lebih dekat dengan Allah.
Sila rujuk gambar di bawah yang diperolehi dari JAKIM. Boleh download sebahagian cara solat taubat atau keseluruhan panduan Qiamullail dari JAKIM dalam bentuk PDF di sini.
Berikut ialah teks gambar di atas tentang panduan dan cara solat taubat:
Sembahyang Sunat Taubat
Sembahyang sunat Taubat bererti sembahyang memohon keampunan dan taubat Nasuha daripada Allah SWT Sembahyang ini dilakukan sebanyak dua rakaat. Asas sembahyang ini ialah:
  1. Menyesal di atas segala perbuatan dosa yang dilakukan.
  2. Menyucikan diri daripada perbuatan dosa dan berhenti daripada melakukan maksiat serta meminta ampun di atas apa yang telah dilakukan daripada Allah SWT, memohon maaf kepada manusia terhadap dosa yang berkaitan dengan harta benda, maruah dan jiwa. Mengqadhakan segala apa yang telah terluput seperti amalan-amalan sembahyang, puasa dan lain-lain sekadar yang termampu.
  3. Berazam tidak akan melakukan lagi segala perbuatan tersebut serta menjauhkannya.
Cara Mengerjakannya
Lafaz Niat:
lafaz-niat-solat-taubat
Maksudnya: “Sahaja aku sembahyang sunat Taubat dua rakaat kerana Allah Taala.”
Pada rakaat pertama hendaklah baca surah al- Fatihah dan surah al-Kafirun.
surah-al-kafirun-rakaat-pertama-solat-taubat
Pada rakaat yang kedua pula hendaklah baca surah al-Fatihah dan al-Ikhlas.
surah-al-ikhlas-rakaat-kedua-solat-taubat
Kemudian selepas salam bacalah wirid dan istighfar ini:
wirid-istighfar-solat-taubat
dan akhirnya bacalah doa yang biasa dibaca untuk memohon keampunan dan taubat daripada Allah SWT.
Doa taubat juga boleh dibaca secara beramai- ramai seperti berikut:
doa-taubat-astaghfirullah
Maksudnya: “Ya Allah peliharalah ke atas nabi Muhammad SAW, keluarganya dan para sahabatnya, semoga selamat sejahtera.”
berlakulah-lembut-pada-kami-dan-orang-beriman
Maksudnya: “Berlakulah lembut dan belas kasihan ke atas kami serta orang-orang yang beriman.”
Akhir kata, semoga artikel tentang cara solat taubat ini dapat mendekatkan diri kita pada Allah. Sama-sama berdoa agar kita sentiasa hidup dalam lindungan dan rahmat Allah. Berbanyak-banyak terima kasih pada pihak JAKIM yang mengeluarkan dokumen cara solat taubat yang rasmi untuk panduan seluruh umat Islam di Malaysia.
Sumber: Panduan Qiamullail, Cetakan Ketigabelas, 2013, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://bit.ly/2or95Xw

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!



loading...
//

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.