Hi! Welcome Back and Stay Tune! Sistem E-HBP DBKL Mudahkan Warga Kota Salur Aduan, Cadangan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Sistem E-HBP DBKL Mudahkan Warga Kota Salur Aduan, Cadangan

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini melancarkan sistem Hari Bertemu Pelanggan secara dalam talian (e-HBP) DBKL bagi memudahkan warga kota mengemukakan sebarang aduan dan cadangan.

Sistem e-HBP DBKL yang dilancarkan Pengarah Eksekutif (Pembangunan Sosio-Ekonomi) DBKL, Datuk Ibrahim Yusoff bakal dilaksanakan secara bulanan pada setiap 15 haribulan bermula 9.30 pagi hingga 12.30 tengah hari.

Ibrahim berkata sekiranya tarikh berkenaan jatuh pada hari minggu dan cuti umum, sistem ini akan beroperasi pada hari berikutnya.

“Sebelum ini, orang ramai yang mahu kemukakan aduan perlu hadir sendiri ke bangunan DBKL dan kebanyakan mereka menghadapi pelbagai kekangan seperti masa, kos, tenaga dan tempat parkir kenderaan.

“Melalui sistem ini yang menggunakan kaedah secara berbual dalam talian, mereka hanya perlu membuka pautan http://bit.ly/2nOoe1U atau www.dbkl.gov.my melalui peranti mudah alih, telefon pintar atau komputer tanpa perlu memuat turun sebarang aplikasi,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Ibrahim berkata setiap pertanyaan, aduan dan pandangan yang diterima akan diberi maklum balas serta-merta dan tindakan pantas akan diambil dalam tempoh seminggu, bergantung kepada jenis aduan yang diterima.

“Orang ramai boleh mengutarakan apa sahaja permasalahan di bawah bidang kuasa DBKL seperti kerosakan jalan, masalah di Projek Perumahan Rakyat/Perumahan Awam, parkir serta sampah-sarap.

“Sekiranya ada aduan kesesakan jalan, kita akan salurkan kepada Kementerian Pengangkutan untuk diambil tindakan,” katanya.

Beliau berkata DBKL menjadi satu-satunya pihak berkuasa tempatan (PBT) di negara ini yang mengguna pakai sistem aduan dalam talian dan turut menyeru semua PBT lain menggunakan sistem seperti ini demi kemudahan orang awam.

Menurut Ibrahim, sekiranya sambutan terhadap e-HBP DBKL menggalakkan, DBKL akan mempertimbangkan cadangan untuk menjadikan waktu atau hari operasinya secara harian.

— BERNAMA

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://bit.ly/2ot0aor

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!



loading...
//

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.