Hi! Welcome Back and Stay Tune! 6 Fakta Hasil Analisis Statistik Kes Keganasan Rumah Tangga 2015 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

6 Fakta Hasil Analisis Statistik Kes Keganasan Rumah Tangga 2015

KUALA LUMPUR: Buat pertama kali di negara ini, isu hak dan kepentingan lelaki diketengahkan dalam kes keganasan rumah tangga selepas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Karim hari ini membentangkan pindaan Akta Keganasan Rumah Tangga (1994) (Akta 152) di Parlimen.

Mungkin ramai yang memandang sinis usaha ini, tetapi statistik membuktikan, kaum lelaki yang dikaitkan dengan sifat dominan dan ‘macho’ juga tidak terlepas daripada menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

Berikut enam fakta hasil analisis statistik Kes Keganasan Rumah Tangga 2015 yang direkodkan Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat:

1. Sikap panas baran, penagihan dadah, perselisihan faham dan masalah kewangan antara punca utama keganasan rumah tangga di kalangan keluarga Melayu.

2. Sikap panas baran, perselisihan faham dan pemabuk pula jadi punca keganasan rumah tangga keluarga India.

3. Walaupun sepatutnya menjadi teladan yang baik dan berupaya menjadi jururujuk yang berpengalaman, mertua terbukti berupaya menjadi penyebab keganasan rumah tangga. Meskipun jumlah kes campur tangan mertua tidak dominan seperti kes-kes lain, ia tetap memalukan dengan mertua kalangan keluarga India mencatatkan jumlah tertinggi penyebab keganasan rumah tangga dengan lapan kes, diikuti keluarga Melayu dan Cina.

4. Daripada 33 mangsa lelaki, seramai 23 ’dilindungi’ menerusi perintah perlindungan sementara akibat keganasan rumah tangga. Ini membuktikan, lelaki juga jadi mangsa salah laku dan tindakan ganas pasangan. 

5. Kebanyakan kes keganasan rumah tangga berbentuk ‘fizikal’ dan ia tidak mengenal jantina dengan, kedua-dua profil jantina merekodkan jumlah kes “sengaja atau cuba meletakkan mangsa dalam keadaan ketakutan kecederaan fizikal” paling banyak.

6. Tiada kes keganasan rumah tangga pada 2015 yang dirujuk ke Badan Pendamai.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://bit.ly/2osPB46

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!



loading...
//

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.