Hi! Welcome Back and Stay Tune! Piala Sultan Selangor 2017 Terima Tajaan RM1.06 Juta  - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Piala Sultan Selangor 2017 Terima Tajaan RM1.06 Juta 

SULTAN Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima tajaan BH daripada Timbalan Pengarang Kumpulan BH Datuk Badrulhisham Othman di Majlis Sumbangan Tajaan Piala Sultan Selangor Edisi ke-16 di Istana Alam Shah, Klang. – Foto Roslin Mat Tahir

KLANG: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan menerima tajaan berjumlah RM1.06 juta daripada 14 syarikat, termasuk tujuh syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk edisi ke-16 Piala Sultan Selangor (TSSC) di Istana Alam Shah, di sini, hari ini.

Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) tampil sebagai penaja utama dengan tajaan berjumlah RM200,000. Turut menyumbang adalah Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) dan Perbendaharaan Negeri Selangor, masing-masing sebanyak RM100,000; KDEB Waste Management sebanyak RM55,555.55; Worldwide Holdings Berhad; Kumpulan Semesta Sdn Bhd dan Pemerbadanan Menteri Besar (MBI), masing-masing sebanyak RM50,000.

Yang turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Amin Ahmad Ahya; Pengerusi Penganjur Piala Sultan Selangor, Tan Sri Abd Karim Munisar; Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Berhad, Datuk Kamal Khalid dan Timbalan Pengarang Kumpulan BH, Datuk Badrulhisham Othman.

Abdul Karim yang juga Pengerusi dan Pengurus Pasukan TSSC 2017 berkata, tajaan juga diterima daripada tujuh syarikat swasta iaitu Kingsley Edugroup Berhad dan Selangor Dredging Berhad sebanyak RM100,000 ; Syarikat Splash Berhad; Taliworks Corporation Berhad; Eco World Development Group Berhad; SP Setia Berhad Group dan Syarikat Yuwang Group, masing-masing berjumlah RM50,000.

Beliau berkata, penganjuran TSSC di Singapura pada 6 Mei ini juga menampilkan acara baharu iaitu Piala Cabaran Sekolah-Sekolah Selangor – Singapura Bawah 16 Tahun (B-16) khusus untuk menyuntik inspirasi kepada generasi muda agar menjadi sehebat idola mereka.

“Setakat ini, kami juga sudah menyediakan 110 buah bas ditempah dan saya yakin bilangan berkenaan akan bertambah dari masa ke semasa,” katanya.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://bit.ly/2nzuYjb

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!



loading...
//

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.