Rae Won tak kisah diplagiat
Pelakon kacak yang baru saja muncul dengan filem Prison, Kim Rae Won membuat pengakuan pernah melakukan carian video peminat yang memplagiat lakonannya.
Pengakuan itu dibuat selepas dia ditanya dalam temuramah eksklusif sama ada pernah melihat kalangan rakan selebriti meniru lakonannya dalam babak filem Sunflower.
Rae Won akui orang selalu bertanya perkara itu hingga dia melakukan carian rakaman menerusi laman sosial.
“Ternyata bukan setakat rakan selebriti, malah ada juga terjumpa rakaman dibuat peminat,” katanya ketawa.
Antara selebriti yang pernah meniru gaya lakonannya ialah Zico dari Block B. Perbuatan itu tidak membuatkan Rae Won marah atau berkecil hati, sebaliknya menunjukkan pelakon itu terbuka dengan usikan rakan selebriti.
Malah sikapnya yang terbuka membuatkan dia sangat rapat dengan rakan selebriti lain.
Rae Won mengakui rapat dengan beberapa pelakon baru dan lama dalam industri hiburan Korea. Antara mereka Ji Chang Wook, Lee Jong Hyun (CNBLUE), Choi Tae Joon dan Jo Jae Yoon.
“Saya menganggap mereka sebagai jiran dan rakan baik yang seronok lepak minum teh,” katanya.
Untuk membuktikan kata-katanya itu, dia menunjukkan foto bersama mereka menerusi laman sosial Instagram.
Dalam foto itu, mereka dilihat seronok menikmati minuman dan makanan bagi meraikan Rae Won yang muncul dengan filem baru. Foto itu turut dikongsi bersama rakan selebriti lain dalam laman sosial masing-masing.
Malah pada penggambaran program bual bicara yang bersiaran secara langsung, dia tidak menghampakan panggilan telefon yang dibuat rakannya. Jo In Sung, pelakon lain yang sengaja membuat panggilan kerana mahu memberitahu dia menonton program itu sebagai tanda sokongan.
Tindakan itu turut meninggalkan kenangan manis buat program itu.
Dalam perkembangan lain, Rae Won mendedahkan rahsia yang jarang dikongsikannya sebelum ini. Pengalamannya selama berada dalam industri filem dan TV itu dilakukan ketika sesi temuramah bersama media Korea Selatan.
Pelakon yang pernah berlakon dalam drama Doctor itu mendedahkan, dia pernah menolak tawaran berlakon satu drama yang akhirnya menjadi sangat popular.
“Saya tolak tawaran itu dengan baik dan pelakon yang menerima tawaran itu menjadi popular. Sekiranya saya terima tawaran drama itu, rasanya saya tidak mungkin mampu membuatkan drama itu sehebat itu,” katanya sambil ketawa tapi enggan mendedahkan judul drama dimaksudkan.
Biarpun berkali-kali didesak agar mendedahkan judul drama, pelakon itu sekadar tersenyum dan menggelengkan kepala.
Filem Prison yang ditayangkan di Korea Selatan sejak 23 Mac lalu menyaksikan Rae Won berganding dengan pelakon veteran hebat seperti Han Suk Kyu dan Jung Woong In.
Diarahkan Na Hyun, Prison mengisahkan mantan detektif Song Yoo Gun (Rae Won) masuk penjara untuk bertemu dengan Jung Ik Ho (Suk Kyu), yang dihukum penjara kerana kes pembunuhan misteri adik Yoo Gun.
Filem ini mendapat sambutan apabila meraih jumlah sejuta penonton pada minggu pembukaan tayangannya di Korea Selatan dan menjadi satu-satunya filem yang ditayangkan sepanjang Mac mencatat angka itu.
The post Rae Won tak kisah diplagiat appeared first on Berita Viral.
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://bit.ly/2oR2GAN✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment