Hi! Welcome Back and Stay Tune! Dua Beradik Dan Enam Lagi Mengaku Tidak Bersalah Buat Kecoh Di Parlimen - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Dua Beradik Dan Enam Lagi Mengaku Tidak Bersalah Buat Kecoh Di Parlimen

KUALA LUMPUR: Dua beradik dan enam individu lagi termasuk tiga wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menggunakan perkataan kesat terhadap Anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Abd Samad, tahun lepas.

Dua beradik itu ialah Firdaus Tajuddin, 35, dan abangnya Faizal, 43, yang merupakan anak kepada Anggota Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

Enam lagi ialah Ariffin Mohamed Ali, 33, Erwan Halmi, 37, Azmir Ahmad, 42, dan tiga wanita Sapiah Aini Sulaiman, 49, Norbaiti Taha, 55, dan Hasnah Md Razali, 49.

Kesemua mereka mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan.

Mereka didakwa telah menggunakan perkataan kesat dan berkelakuan dengan cara mengugut yang ditujukan kepada Khalid dengan niat melakukan provokasi yang boleh memecahkan keamanan.

Kesemua mereka dituduh melakukan kesalahan itu di tempat letak kereta, di hadapan Dewan Rakyat, Kompleks Parlimen di sini, pukul 11.15 pagi, pada 24 Nov 2016, mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman denda RM100 jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan kesemua tertuduh diikat jamin sebanyak RM500 setiap seorang dengan seorang penjamin dan menetapkan 8 Mei untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Ketua Pengarah Pendakwaan Othman Abdullah manakala Firdaus dan Faizal diwakili peguam Datuk Sallehuddin Saidin dan Datuk M.S. Murthi, manakala tertuduh yang lain tidak diwakili peguam.

— BERNAMA

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://bit.ly/2osUPg9

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!



loading...
//

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.