Kecederaan Sukarkan Zaqhwan Beraksi Di Buriram
Md Zaqhwan Zaidi. – Foto Hairul Anuar Rahim
KUALA LUMPUR: Pusingan 2 Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) di Buriram, Thailand akan berlangsung tidak sampai dua minggu lagi dan tempoh itu jelas menghantui penghuni tangga ketiga keseluruhan kelas SuperSports 600cc, Md Zaqhwan Zaidi.
Zaqhwan mengalami kemalangan pada Perlumbaan 2 Pusingan Pertama di Litar Johor, Ahad lalu dan keputusan penuh mengenai kecederaan di bahagian kaki kanannya hanya diketahui esok.
Pelumba MUSASHi Boon Siew Honda Racing itu mungkin terlepas aksi di Sirkit Antarabangsa Chang nanti dan bekas juara itu berharap kecederaan dialaminya sembuh dalam tempoh singkat.
“Saya masih belum pasti (tahap kecederaan), saya akan melakukan pemeriksaan esok tetapi berdasarkan pemerhatian awal, ia agak teruk juga,” kata Zaqhwan yang muncul selaku juara di Perlumbaan 1 di Johor.
“Ketika Perlumbaan 1, saya membuat permulaan yang baik. Selepas itu pada Perlumbaan 2, saya buat sedikit kesilapan dan terbabit dengan kemalangan. Jadi, saya agak kecewa,” katanya.
Pusingan 2 dijadual berlangsung di Sirkit Antarabangsa Chang di Buriram, Thailand, 14 hingga 15 April ini.
Sementara itu dalam satu kenyataan dikeluarkan, ARRC mengumumkan pelumba kelas Underbone 150cc, Mohd Affendi Rosli digantung satu pusingan dan terlepas aksi di Buriram nanti.
Pelumba pasukan SCK Hi Rev Rapido Honda Racing itu didapati menunggang dengan corak merbahaya ketika Perlumbaan 1 di Johor.
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://bit.ly/2oQqwwu✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment