Pernah tak jaga makan
Penampilan diri perkara penting yang diberi perhatian selebriti yang menjadi perhatian umum. Bagaimanapun, penyanyi Elyana, 30, pernah tidak ambil penduli dalam penjagaan pemakanan dan penampilan diri selepas melahirkan anak.
Penyanyi yang popular dengan lagu Niat dan Kalis Rindu itu akui kelahiran anak sulung, Cinta Sumayyah, 6, hasil perkahwinan dengan Khairul Anuar Husin, 41, pada 2010 membuatkan dia sibuk menguruskan anak dan keluarga hingga tidak menjaga pemakanan.
Katanya, dia suka makan dan tiada masalah dengan apa saja hidangan enak. Apa yang paling utama, rasanya sedap.
Bagaimanapun, sejak dua tahun lalu apabila seorang rakan memperkenalkan laman sosial Instagram (IG), timbul kesedaran dalam dirinya.
“Sebaik melihat banyak foto cantik dimuat naik rakan wanita dalam IG mereka menyebabkan saya terfikir perlu kuruskan badan.
“Ketika itu berat badan saya 65 kilogram dan saya sedar perlu melakukan sesuatu untuk nampak cantik seperti rakan lain,” katanya.
Sejak itu, Elyana atau Erneelya Elyana Emrizal tekad untuk diet. Langkah pertama yang harus dilakukannya ialah menjaga pemakanan.
Katanya, dia mengambil inisiatif tidak makan nasi selama lebih sebulan dan gembira dengan hasil positif yang ditujukkan.
“Berat badan saya berjaya diturunkan sebanyak 9 kilogram menjadi 56 kilogram. Ia terus menjadikan saya lebih bersemangat.
“Tak sangka dalam tempoh dua bulan tidak makan nasi, akhirnya saya memperoleh berat badan ideal iaitu 50 kilogram,” katanya.
Menurutnya, bagi mengekalkan berat badan, dia meluangkan masa bersenam dan bersukan.
Katanya, dalam sebulan pasti meluangkan masa bermain badminton.
“Kalau rasa berat badan macam naik sedikit, saya terus kawal makan. Boleh dikatakan, bertindak segera,” katanya.
Elyana akui hanya mengamalkan diet asas dan tidak mengambil produk makanan tambahan. Baginya dengan cara menjaga pemakanan, senaman dan bersukan sudah memadai untuk mendapatkan badan yang sihat.
“Selebihnya, saya yakin apabila hati sentiasa senang sudah pasti kecantikan luaran seseorang itu timbul dengan sendiri.
“Saya tidak suka perkara yang boleh mendatangkan tekanan. Jadi, saya selesa sentiasa berlapang dada,” katanya.
Menurut anak jati Shah Alam, Selangor ini, disebabkan dia sentiasa dalam ‘mood’ gembira dan tenang dia tak pernah rasa umur makin meningkat.
“Pada saya umur 30 tahun kini hanya angka. Apa yang penting, saya harus sentiasa menjadi diri sendiri. Lakukan apa yang saya suka dan rasa nak buat. Sudah tentu hati selalu tenang dan jiwa langsung tiada tekanan,” katanya.
Mengenai fesyen pilihan, kata Elyana sejak dari zaman anak dara hinggalah sudah berkeluarga, dia tidak pernah berubah.
“Saya seorang yang ringkas. Kalau ditanya mengenai fesyen pilihan saya jawabnya memang baju-T dan seluar jean.
“Saya juga sudah sinonim berkaki ayam ketika membuat persembahan di pentas. Saya sangat selesa tidak memakai kasut,” katanya.
Menyedari kemunculan penyanyi baru yang makin ramai dalam industri seni tanah air, Elyana tetap akur dan gembira.
Katanya, adat dalam dunia hiburan ada yang lama dan juga baru. Baginya, apa yang pasti masyarakat terhibur.
The post Pernah tak jaga makan appeared first on Berita Viral.
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://bit.ly/2nzrptg✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment