Hi! Welcome Back and Stay Tune! Dua Kanak-kanak Mati Lemas Terjatuh Dari Jentera Pembajak - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Dua Kanak-kanak Mati Lemas Terjatuh Dari Jentera Pembajak

BESUT: Dua kanak kanak perempuan mati lemas apabila traktor mini yang dinaiki bersama dua ahli keluarga mereka terjunam ke dalam sungai.

Kejadian berlaku di Kampung Chegar Malok, Jerteh di sini kira-kira jam 5.50 petang tadi.

Mangsa, Nur Ainy Dania Azman, 7 tahun, meninggal dunia di tempat kejadian apabila badannya tersangkut pada mata jentera pembajak yang tenggelam.

Mangsa seterusnya, Rabiatul Adawiyah Sayuti, 10 tahun berjaya diselamatkan orang awam. Namun,  beliau disahkan meninggal dunia sejurus tiba di Hospital Besut.

Pemandu jentera berkenaan, Salim Deraman, 46 tahun dan kanak-kanak perempuan, Nur Lia Emilia, 10 tahun dilaporkan selamat.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Jerteh, Mustafa Ismail berkata, satu pasukan bomba bersama lima anggota pada jam 6.18 petang selepas menerima panggilan daripada orang awam.

Menurut Mustafa, kejadian dikatakan berlaku apabila jentera terbabit gagal mendaki bukit di kawasan berkenaan mengakibatkan sebahagian kenderaan tenggelam ke dalam sungai.

Beliau berkata, bomba dengan bantuan penduduk terpaksa membuka bahagian mata bajak untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.

Jenazah kedua dua mangsa di hantar ke Unit Forensik Hospital Besut untuk bedah siasat.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://bit.ly/2o2yyVV

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!



loading...
//

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.