Hi! Welcome Back and Stay Tune! Penjualan 51% Ekuiti Proton Kepada Rakan Strategik Asing Tidak Akan Beri Kesan Buruk – Kem. Kewangan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Penjualan 51% Ekuiti Proton Kepada Rakan Strategik Asing Tidak Akan Beri Kesan Buruk – Kem. Kewangan

Keputusan DRB-Hicom untuk mencarikan rakan strategik asing (FSP) bagi Proton turut menerima pelbagai anggapan negatif dari segelintir rakyat Malaysia. Termasuk ada yang menganggap langkah tersebut adalah bagi menggadai syarikat Malaysia kepada negara asing.

Hari ini, di Dewan Rakyat, kerajaan menerusi Kementerian Kewangan membuat kenyataan bertulis, menjangkakan penjualan 51% ekuiti Proton ini tidak mendatangkan sebarang kesan buruk.

Menurut laporan Bernama, kenyataan tersebut menyebut usaha sama dengan rakan kongsi strategik mampu meningkatkan keupayaan Proton untuk menghasilkan pelbagai kenderaan dengan harga yang kompetitif dan berteknologi terkini.

Katanya lagi, pengeluaran produk baharu hasil daripada perkongsian strategik dijangka akan meningkatkan produktiviti dan kecekapan pengeluaran kilang.

Secara keseluruhannya, dengan peningkatan jumlah pengeluaran kenderaan dan komponen tempatan, perkongsian ini akan memberikan skala ekonomi dan model perniagaan yang lebih berdaya maju kepada Proton, pembekal dan wakil pengedar di Malaysia.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh kementerian terbabit adalah bagi menjawab soalan Hee Loy Sian (PKR-PJ Selatan) yang meminta Menteri Kewangan menyatakan akibat yang lebih buruk terhadap Proton selepas kesanggupan kerajaan membenarkan pegangan ekuiti 51 peratus kepada pengusaha otomobil negara asing terutama dari negara China.

Kementerian Kewangan turut menyatakan DRB-Hicom selaku pemegang saham tunggal Proton, kini dalam proses penilaian akhir ke atas bidaan yang diterima bagi memastikan pertimbangan sepenuhnya.

Ia juga dianggap mampu memberikan manfaat yang menyeluruh serta dapat diperoleh oleh semua pihak yang berkepentingan, termasuklah pemegang saham, pekerja, rangkaian pembekal dan pengedar serta pengguna dan rakyat Malaysia amnya.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://bit.ly/2nRJl4Q

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!



loading...
//

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.