Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tidak Boleh Debat Di Malaysia, Kita Debat Di Antartika – Nazri - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tidak Boleh Debat Di Malaysia, Kita Debat Di Antartika – Nazri

KUALA LUMPUR: Dialog bersama Tun Dr Mahathir Mohamad boleh dibuat di luar negara seandainya tidak mendapat kebenaran diadakan di Malaysia, kata Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Menurut beliau, pihaknya sedia menunggu tarikh baru debat termasuk sedia berhujah bersama bekas perdana menteri itu di kawasan polis.

Tegasnya, dia tidak mempunyai sebarang masalah untuk berdebat dengan Dr Mahathir.

“Kita boleh buat di London, di Antartika, bila-bila masa sahaja.

“Kalau di Malaysia tidak boleh, kita buat di Antartika, di sana banyak penguin, penguin ini tidak faham bahasa Melayu atau Inggeris,” katanya sinis semasa sidang media di bangunan Parlimen di sini hari ini.

Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Mohd Fuad Abdul Latiff pada Ahad berkata, dialog antara Dr Mahathir dan Mohamed Nazri yang dirancang diadakan pada 7 April dibatalkan atas faktor keselamatan, perlindungan hak dan kebebasan orang ramai.

Jelasnya, sehingga Ahad, polis telah menerima 18 laporan daripada individu di negeri ini yang membantah debat tersebut.

Dalam pada itu, Mohamed Nazri menolak sebaranag cadangan debat itu diadakan di tempat tertutup dan ditonton hanya di media sosial.

“Saya mahu pertemuan secara fizikal (berhadapan). Saya mahu ada penonton dan bukan ditayang di laman sosial.

“Mengapa debat ini dibatalkan, saya tidak tahu. Mungkin saya dilihat ancaman kepada negara, untuk Dr Mahathir mungkin tidak kerana dia sudah tua,” jelasnya.

Pada Sabtu, polis membatalkan kebenaran penganjuran debat itu yang dijadualkan diadakan di Kompleks Karangkraf, Shah Alam.

BACA: Permit ditarik balik, debat Tun Mahathir-Nazri Aziz dibatal

BACA: Permit ditarik balik: Polis terima 18 laporan bantahan

Sebelum ini pada 25 Mac, debat antara kedua-dua tokoh politik itu di Padang Rengas, Perak turut dibatalkan atas faktor keselamatan.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://bit.ly/2oA3rir

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!



loading...
//

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.