Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bulan madu atas kapal - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bulan madu atas kapal

“SAYA rasa lebih bertanggung jawab dan hati juga lebih tenang,” kata pelakon dan pengarah Mohammad Mikail Andre Nazrul Andre, 24, selepas bergelar suami.

Mikail selamat diijabkabulkan dengan Siti Nur Aima Mohamed Fauzi, 25 selepas solat Asar di kediaman keluarga pengantin perempuan, di Alor Setar, kelmarin.

Siti Nur Aima menerima mas kahwin RM1,000 dan hantaran RM14,000, termasuk lima bekas hantaran berbalas tujuh daripada pihak lelaki.

“Kami merancang untuk berbulan madu menaiki kapal persiaran ke Phuket dan Krabi.

“Saya juga akan berpindah ke Langkawi kerana isteri bekerja sebagai pensyarah di kolej di pulau itu,” kata Mikail.

Adik pelakon Pierre Andre itu juga tidak menolak kemungkinan untuk kembali berlakon dan menduduki kerusi pengarah biarpun selepas bergelar suami.

Katanya, dia tiada masalah untuk berulang alik Kuala Lumpur-Langkawi kerana percaya rezeki dalam bidang seni sentiasa ada.

Majlis resepsi mereka berlangsung di Kelab Diraja Kedah dihadiri ahli keluarga dan sahabat kedua mempelai, hari ini.

The post Bulan madu atas kapal appeared first on Berita Viral.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://bit.ly/2nwpbdr

✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.