Hi! Welcome Back and Stay Tune! SPRM Pantau MU - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

SPRM Pantau MU

TIMBALAN Presiden MUSA, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi dan Timbalan Pengarah SPRM Melaka, Ramli Hassan selepas mesyuarat pertama penubuhan jawatankuasa integriti yang ditubuhkan untuk memantau pasukan dan pengurusan Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA) bagi memastikan skuad berkenaan bebas daripada penyalahgunaan kuasa dan rasuah. – Foto Nazri Abu Bakar

MELAKA: Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Melaka akan memantau pasukan dan pengurusan Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA) bermula hari ini, bagi memastikan skuad berkenaan bebas daripada penyalahgunaan kuasa dan rasuah.

Timbalan Presiden MUSA, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi berkata, usaha berkenaan antara langkah pencegahan terhadap mana-mana pemain dan pegawai pasukan terbabit dalam isu rasuah yang boleh menjahanamkan kualiti bola sepak negara.

Menurutnya, pegawai khas berkenaan akan berkhidmat sepanjang masa bersama jawatankuasa integriti ditubuhkan MUSA yang bekerjasama dengan SPRM Melaka, selain Polis Diraja Malaysia (PDRM), agensi kerajaan dan swasta.

Katanya, jawatankuasa berkenaan yang dipengerusikan Timbalan Pengarah SPRM Melaka, Ramli Hassan bakal memantau sebarang isu salah laku penyalahgunaan kuasa dan rasuah.

“Kami menyerahkan tanggungjawab kepada SPRM bagi melaksanakan tugasan itu. Bagaimana mereka melaksanakan tugasan pemantauan, terletak kepada jawatankuasa berkenaan.

“Pastinya kami berharap tiada unsur pertaruhan atau mengatur keputusan perlawanan berlaku dalam pasukan, atau pun mana-mana pihak yang berani untuk memberi mahupun menerima apa juga bentuk rasuah.

“Ini sekali gus memastikan integriti dalam kalangan pegawai pasukan sentiasa di landasan yang betul dalam menjalankan amanah dan tanggungjawab, atau berdepan tindakan dihadapkan ke muka pengadilan,” katanya selepas mesyuarat pertama penubuhan jawatankuasa berkenaan di Stadium Hang Jebat, hari ini.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://bit.ly/2osImK7

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!



loading...
//

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.