Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pemilihan Cheng Hoe Bukan Untuk Lemahkan Kedah: TMJ - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pemilihan Cheng Hoe Bukan Untuk Lemahkan Kedah: TMJ

Tunku Ismail Sultan Ibrahim. – Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Pemilihan jurulatih Kedah, Tan Cheng Hoe sebagai pembantu jurulatih skuad negara bukan perancangan untuk melemahkan pasukan negeri itu, kata Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tunku Mahkota Johor (TMJ) berkata pemilihan yang dilakukan ketua jurulatih, Mario Gomez itu adalah atas dasar Cheng Hoe jurulatih terbaik tempatan ketika ini.

Menurutnya, Gomez diberi kebebasan untuk memilih sesiapa saja yang beliau mahu bekerjasama.

“Mario sendiri menyatakan beliau berminat dengan Tan Cheng Hoe kerana daripada ramai jurulatih tempatan, dia adalah yang terbaik baginya. Tetapi, terpulang kepada Tan Cheng Hoe untuk menerimanya atau tidak.

“Ini bukan perancangan untuk menjatuhkan mana-mana pihak seperti yang diuar-uarkan oleh mereka di media sosial yang sehingga hari ini belum pernah berdepan dengan saya,” katanya dalam satu entri di laman Facebook FAM, lewat malam tadi.

Menurut Tunku Ismail, selain Cheng Hoe, Gomez juga memilih Raul Longhi iaitu penolong jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), jurulatih penjaga gol, Azmin Azram Abdul Aziz, jurulatih kecergasan dari luar negara dan koordinator pasukan daripada Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

Tunku Ismail berkata demikian bagi menjawab isu ditimbulkan di laman sosial yang melaga-lagakan penyokong kononnya berita pemilihan Cheng Hoe bertujuan melemahkan Kedah yang kini cemerlang dalam saingan Liga Malaysia.

“Saya berharap penyokong pandai menilai sendiri pihak yang selalu menguar-uarkan isu kecil dengan pihak yang memberi sumbangan bagi mengubah landskap bola sepak tempatan. Jangan hanya tahu melaga-lagakan penyokong sahaja,” katanya.

Tunku Ismail berkata, beliau sedia bersemuka dengan mana-mana individu serta telus bagi menyelesaikan masalah atau persoalan demi meningkatkan mutu bola sepak negara dan skuad kebangsaan.

“Saya akan pergi ke semua negeri untuk mesyuarat EXCO FAM dan sesi bersama penyokong. Kepada anda yang tidak puas hati, boleh bertanya terus dan berkongsi pendapat dengan saya. Saya bukan individu yang suka bersembunyi dan tidak tahu apa-apa.

“Jika ada individu atau pihak yang suka memperbesarkan isu yang remeh-temeh, melagakan orang daripada mencari jalan penyelesaian, itu terpulang kepada mereka. Mentaliti penyokong sekarang perlu diubah,” katanya.

Sementara itu, mengenai Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) yang tidak membenarkan penyokong JDT memasuki Stadium Darul Makmur bagi aksi suku akhir pertama Piala FA, Sabtu lalu, beliau menyifatkan itu sebagai isu kecil dan tidak perlu diambil tindakan.

Katanya, PBNP dan Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) perlu duduk semeja berbincang dan menyelesaikan masalah berkenaan supaya ia tidak berulang pada masa akan datang.

Justeru, Tunku Ismail meminta anggota gabungan dan pasukan bertanding mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan FAM atau Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP).

“Jangan pula nanti bila dikenakan tindakan atau denda kepada pasukan dan kelab, penyokong akan menyalahkan FAM atau FMLLP. Jadi untuk isu itu, pada saya ia tidak perlu disiasat dan diambil tindakan.

“Cukup sahaja jika PBNP, PBNJ dan FAM duduk semeja untuk selesaikan isu tersebut, dan pastikan ia tidak terjadi lagi,” katanya yang dijangka mengadakan pertemuan dengan Ketua Pegawai Eksekutif FMLLP, Kevin Ramalingan, hari ini. – BERNAMA

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://bit.ly/2osoxCc

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!



loading...
//

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.