Hi! Welcome Back and Stay Tune! Dimensi baru rock Malaysia! - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Dimensi baru rock Malaysia!

Sebaik tirai persaingan peserta program realiti terbaru dan berbeza konsep, Rockanova dibuka Rabu lalu, peserta mula menunjukkan ‘taring’ bagi memastikan berada dalam kedudukan selesa dalam persaingan.

Persembahan mereka mendapat pujian dari juri tetap, Edry Abdul Halim dan Datuk Awie apabila menyifatkan ia sesuatu yang tidak pernah dirasai sebelum ini. Konsert minggu pertama turut diserikan dengan kehadiran Fazura sebagai juri jemputan.

Ditemui sebaik persaingan selesai, Edry turut memuji peserta wanita lebih menonjol sewaktu mendendangkan lagu diberikan berbanding lelaki.

“Sebelum ini kita ada beberapa penyanyi wanita yang mempelopori industri muzik rock seperti Ella dan Shima tetapi mereka tidak punya pelapis.

“Bagaimanapun dengan adanya program Rockanova ini, kita boleh nampak sebenarnya kita punya ramai penyanyi wanita berbakat besar dalam industri.

“Program ini secara tidak langsung membuka ruang kepada mereka untuk menonjolkan bakat,” katanya.

Bersiaran secara langsung setiap Rabu, jam 9.30 malam di Astro Prima (105) dan Maya HD (135), Rockanova menjadi program unggul menampilkan bakat nyanyian dalam genre rock pelbagai dan juga memberikan nafas baru muzik rock di Malaysia. Astro gempak selaku portal hiburan rasmi menjadi platform kepada berita dan juga perkembangan terbaru perserta sepanjang minggu.

Pada konsert minggu pertama itu, Edry dilihat agak bertegas memberikan komen. Katanya, ada antara peserta lelaki bertanding dilihat gugup dan ia secara tidak langsung menggangu tumpuan mereka sewaktu menyanyi.

“Ada antara peserta lelaki membuat kesilapan teknikal yang tidak boleh dimaafkan seperti terlupa lirik dan lontaran vokal ‘goyang’.

“Disebabkan itu, ketiga-tiga peserta lelaki mendapat markah terendah dan berada di Medan Karma,” katanya.

Katanya, dia bertegas kerana sewaktu sesi raptai rata-rata peserta menyanyi dengan baik tetapi mungkin kerana ada antara mereka yang tidak melakukan persembahan bersungguh-sungguh sewaktu sesi latihan menyebabkan mereka hilang punca apabila persaingan bermula.

“Saya sendiri melihat mereka mengadakan sesi raptai penuh pada hari sebelumnya dan mereka menyanyi dengan baik.

“Bagaimanapun ada yang hilang punca pada malam persaingan. Tambah pula apabila melihat penonton yang hadir dan dengan keluasan pentas, mereka seakan gementar dan tidak tahu apa yang harus dilakukan.

“Ini menyebabkan tumpuan mereka terganggu seterusnya mempengaruhi persembahan,” katanya.

Untuk pemarkahan, 70 peratus dari juri tetap dan 30 peratus lagi undian penonton. Tiga peserta berada di Medan Kamar ialah Hafizul Andie Zulkarnain atau Pijoe, 27; Mohd Fadzil Ayong (Ozil), 30 dan Gajir Junior (Jr), 27.

Peserta yang memperoleh markah tertinggi pada minggu pertama adalah Malisa Janudin (Mel), 33, dengan 59.49 peratus diikuti Erman Shah (Erman/56.9%) dan Nurhidayah Yahya (Dayah/56.5%).

Peserta lain ialah Sri Diana Amir Bashah (Dian), 36; Noor Aziyan Saiddudin (Yan), 32; Eme Termizie (Eme), 31 dan Zarith Sofia Mohd Yasin (Zarith), 24.

Menjelaskan lebih lanjut mengenai konsep Rockanova dan juga keunikan Medan Karma, Ketua Format dan Program Realiti Astro, Namanzee Harris Astro berkata, pihaknya cuba menampilkan bakat penyanyi rock yang pelbagai, memandangkan rock itu sendiri mempunyai banyak cabang.

“Kalau kita lihat rock berkembang dengan pelbagai irama mengikut tahun dan ia tidak terhad kepada balada rock atau rock kapak.

“Melalui program ini, Astro cuba ketengahkan bakat mereka yang mempunyai kemampuan vokal pelbagai berteraskan rock,” katanya.

Untuk menghasilkan program Rockanova ini, Namanzee akui pihak penerbitan mengambil risiko kerana kebanyakan syarikat penyiaran lain yang cuba melakukan program sama kurang mendapat perhatian.

“Melihat kepada sambutan yang diberikan penonton terutama peminat yang hadir memenuhi dewan lokasi konsert berlangsung malam ini, ia menunjukkan petanda positif,” katanya.

Medan Karma pula jelasnya, menjadi simbolik kepada peserta bahawa sekiranya persembahan mereka tidak baik, mereka akan dipertontonkan kepada umum.

“Perkara itu akan membuatkan peserta berasa tidak selesa dan apabila ada yang menggantikan mereka disebabkan persembahan teruk, pastinya ia akan menimbulkan rasa lega.

“Cuma kalau persembahan peserta lain lebih baik, mereka akan kekal duduk di Medan Karma. Apabila mereka dipertontonkan di kerusi Medan Karma, ia sebenarnya memberi peluang juga kepada penonton di rumah untuk menunjukkan tanda sokongan dengan mengundi mereka agar tidak tersingkir apabila penyingkiran dibuat. “Sebenarnya Medan Karma itu punya elemen positif dan negatif kepada peserta,” katanya. Rockanova turut boleh ditonton secara online melalui Rockanova Live + diwww.rockanova.com.my.

The post Dimensi baru rock Malaysia! appeared first on Berita Viral.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://bit.ly/2nScmgJ

✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.