Hi! Welcome Back and Stay Tune! PKNP Fokus Layak Ke Piala Malaysia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

PKNP Fokus Layak Ke Piala Malaysia

KETUA Jurulatih PKNP FC, Abu Bakar Fadzim. – Foto Abdullah Yusof

IPOH: Jurulatih Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) FC, Abu Bakar Fadzim mahu anak buahnya segera melupakan igauan buruk dibelasah Kedah 6-1 dalam saingan suku akhir pertama Piala FA di Alor Setar, Sabtu lalu.

Ia berikutan pasukan itu memiliki sasaran lebih besar iaitu layak ke Piala Malaysia musim ini.

Justeru Abu Bakar mahu pemain menumpukan sepenuh perhatian terhadap baki tiga perlawanan pusingan pertama Liga Perdana bermula dengan pertemuan menentang MISC-MIFA di Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ), Jumaat ini.

“Ini bukan masa untuk bersedih atau meratapi kekalahan. Yang berlalu biarkan berlalu. Pemain perlu bangkit untuk memastikan misi ke Piala Malaysia terlaksana,” katanya. 

PKNP FC kini berada pada kedudukan terbaik untuk berada dalam kelompok lima teratas Liga Perdana yang layak secara automatik ke kejohanan berprestij yang menjadi lambang keagungan bola sepak negara itu.

Pasukan itu menduduki tangga ketiga di belakang Negeri Sembilan dan Terengganu selepas mengutip 15 mata setakat ini.

“Lupakan dulu pertemuan suku akhir Piala FA itu. Saya mahu pemain fokus kepada tiga perlawanan liga ini termasuk menentang PDRM di Ipoh pada 14 April dan kemudian UiTM (21 April) bagi memastikan kemaraan ke Piala Malaysia.

“Jika tampil dalam kejohanan unggul itu, ia bakal memberi satu lagi catatan bersejarah buat PKNP FC,” katanya.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://bit.ly/2nO4lbg

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!



loading...
//

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.