Isteri PM Lawat Rumah Perlindungan Kanak-kanak Di New Delhi
NEW DELHI: Isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor melawat sebuah rumah perlindungan kanak-kanak, Prayas Children Home For Girls di Tughlakabad di sini, hari ini.
Ketibaan Rosmah, yang berada di New Delhi untuk mengiringi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam lawatan rasmi di India, disambut Setiausaha Agung Prayas JAC Society, Amod K. Kanth.
Pusat itu, yang dikendalikan oleh Praya JAC Society, menempatkan lebih 60 kanak-kanak kurang bernasib baik yang berumur antara enam dan 18 tahun.
Selain pendidikan formal, pusat itu turut menyediakan latihan kemahiran termasuk menjahit.
Prayas JAC Society kini mengendalikan lebih 200 insitusi seumpama itu yang menempatkan lebih 50,000 kanak-kanak, remaja dan wanita di seluruh India.
— BERNAMA
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://bit.ly/2otj12G✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment