Hi! Welcome Back and Stay Tune! Misteri Bagaimana Piramid Dibina Kononnya Telah Dibongkar Orang Barat - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Misteri Bagaimana Piramid Dibina Kononnya Telah Dibongkar Orang Barat

Sehingga kini, masih tiada siapa yang mampu rungkaikan misteri bagaimana piramid-piramid di Mesir dibina.

Kebanyakan piramid-piramid ini dibina sebagai kubur kepada firaun-firaun iaitu pemerintah di Mesir dan juga untuk isteri-isteri mereka ketika berada di bawah pemerintahan kerajaan lama dan pertengahan. Sejak dari Era Dinasti (2950 B.C.), batu diukir menjadi keranda tempat menyimpan mayat diraja, dan ditanam ke dalam tanah. Ia kemudiannya dilitupi dengan mengunnakan batu-batu yang rata di atas permukaan tanah menjadi seperti bangunan segi empat yang dikenali sebagai “mastabas”.

Mastaba

Piramid yang tertua dibina sekitar tahun 2630 B.C di Saqqara, untuk firaun Djoser dalam era dinasti ketiga. Dikenali sebagai “Step Pyramid“, ia bermula daripada bentuk mastaba tetapi berkembang menjadi sesuatu yang lebih hebat. Arkitek yang bertanggungjawab membina piramid adalah Imhotep yang tersohor, seorang paderi dan juga pembantu firaun. Sepanjang pemerintahan firaun Djoser selama 20 tahun, piramid dibina dengan disusun 6 lapisan batu yang mencapai ketinggian hampir 62 meter, dan merupakan bangunan yang tertinggi ketika itu. Step Pyramid ini dikelilingi oleh halaman, kuil dan tempat-tempat suci yang mana akan dinikmati oleh Djoser selepas kematiannya.

Red Pyramid

Tiada piramid yang diraikan dan dikenali lebih daripada Great Pyramids di Giza yang terletak di dataran rata di Nile River di pinggir bandar Cairo. Piramid yang paling tua dan terbesar di antara tiga piramid di Giza, yang dikenali sebagai Great Pyramid, adalah satu-satunya struktur yang masih bertahan di antara 7 keajabaian dunia zaman purba. Ia dibina bersempena firaun Khufu, pengganti firaun Sneferu. Sisi piramid ini berukuran 230 meter dan ketinggian asalnya adalah 147 meter menjadikannya piramid tertinggi di dunia. 3 piramid kecil dibina sebari dengan Great Pyramid adalah bersempena permaisuri-permaisuri firaun Khufu, dan sebuah kubur dijumpai berdekatan yang mengandungi keranda kosong milik ibunya, permaisuri Hetepheres.

Step Pyramid

Selepas kematian Djoser, Step Pyramid menjadi struktur biasa bagi kubur diraja. Selepas beberapa lama, berlaku perubahan kepada bentuk dan struktur Step Pyramid ini. Binaan sekelilingnya diratakan menjadi licin dan tiada lagi struktur seperti tangga pada piramid. Ia adalah piramid yang biasa kita lihat hari ini. Piramid pertama yang dibina yang dengan struktur ini adalah Red Pyramid di Dahshur dibina untuk Firaun Sneferu (2613-2589 B.C.)

Great Pyramids of Giza

Lebih kurang 2.3 juta blok batu yang setiap satunya seberat 2268kg perlu dipotong, dihantar dan disusun untuk membina Great Pyramid untuk Firaun Khufu. Menurut ahli sejarah Greek, Herodotus, ia mengambil masa hampir 20 tahun untuk disiapkan dan memerlukan tenaga pekerja seramai 100,000 orang, namun bukti arkeologi menunjukkan tenaga pekerja hanyalah seramai 20,000 orang. Juga ada versi sejarah lain yang mengatakan piramid ini dibina oleh hamba atau orang luar yang dipaksa untuk bekerja.

Dengan teknologi yang sangat canggih pada masa ini, ia diragui mampu boleh menandingi teknologi pembinaan piramid yang dibina beribu-ribu tahun yang lalu. Bukan sahaja Giza dikatakan mempunyai binaan yang paling maju di zaman purba, ia juga merupakan satu-satunya piramid di dunia yang mempunyai 8 sisi. Dan dengan batu-batu yang sangat berat, apakah mereka mempunyai jentera yang canggih untuk mengangkatnya?

Hingga kini, masih tiada seorang pakar pun yang dapat membongkar misteri yang menyelubungi piramid-piramid. Di dalam video di bawah ini, terdapat dokumentari di mana mereka cuba untuk menerangkan proses yang untuk membina piramid. Walaupun kita tidak dapat memastikan sama ada teori ini betul atau tidak, ia adalah satu konsep yang menarik.

Video ini menunjukkan cara piramid dibina pada zaman purba yang lepas:

[embedded content]
[embedded content]
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://bit.ly/2nOyNlB

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!



loading...
//

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.