Hi! Welcome Back and Stay Tune! India Haramkan Terus Penjualan Kenderaan Yang Diberikan Penarafan Standard Emisi Euro 3 Ke Bawah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

India Haramkan Terus Penjualan Kenderaan Yang Diberikan Penarafan Standard Emisi Euro 3 Ke Bawah

Mahkamah Tinggi India telah mengharamkan terus penjualan kenderaan yang hanya menerima penarafan standard emisi Bharat Stage (BS) 3 di negara berkenaan, yang sama dengan standard emisi Euro 3 pada kenderaan Eropah keluaran antara 2000 hingga 2005.

Laporan Reuters menyebut, mahkamah berkenaan, dalam penghakimannya yang telahpun berkuatkuasa sejak 1 April, menyatakan tahap kesihatan rakyat lebih diutamakan berbanding kerugian yang akan dialami oleh mana-mana syarikat.

Pada tahun 2015, India telah mengumumkan bahawa pembuat kenderaan perlu menghasilkan kenderaan yang memenuhi standard emisi Euro-4 bermula 1 April 2017, kerana ia bakal mengurangkan kadar pencemaran. Walau bagaimanapun, pada waktu itu, ia tidak menyatakan bahawa larangan untuk penjualan kenderaan dengan standard emisi Euro 3 akan dikuatkuasakan pada hari yang sama. Buat masa sekarang, kenderaan yang memenuhi standard BS 4 (atau Euro 4) telah pun dijual pada negeri-negeri terpilih di India.

Langkah yang tidak dijangka diambil oleh India ini telah menyebabkan banyak saham pengeluar kenderaan utama di negara berkenaan jatuh. Saham pengeluar motosikal Hero MotoCorp telah jatuh sebanyak 4.4%, saham pengeluar trak Ashok Leyland jatuh 6.6%, manakala untuk Tata Motors pula jatuh hampir 2%.

Kejatuhan berkenaan adalah kerana lambakan stok yang banyak banyak dan tidak lagi boleh dijual, di mana firma broker dari Mumbai – Angel Broking mendakwa lebih dari 800,000 kenderaan BS 3 terjejas, bernilai lebih dari 120 bilion rupee (RM8,188,419,450). “Berberapa hari sebelum tarikh akhir, mereka kata anda tidak lagi boleh jual. Saya tidak rasa inventori sebanyak ini boleh dijual dalam masa berberapa hari selepasnya,” kata Vinod Dasari, Presiden Persatuan Pengeluar Automobil India (SIAM) dan juga pengarah urusan Ashok Leyland.

Untuk pengetahuan anda, kereta penumpang di Malaysia setakat ini hanya disyaratkan untuk melepasi standard emisi Euro 2 sahaja.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://bit.ly/2nznsF3

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!



loading...
//

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.