Remaja 16 Tahun Mati Lemas Di Tanjung Bidara
MELAKA: Hasrat seorang remaja berusia 16 tahun menyambut Hari Keluarga di pantai Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Alor Gajah berakhir tragedi apabila ditemukan mati lemas tengah hari tadi.
Menurut Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka mangsa, Muhammad Hamdani Mohd Asri dijumpai anggota pasukan penyelamat dan orang awam kira-kira 20 meter dari pesisir pantai pada 12.30 tengah hari.
“APM menerima panggilan daripada Pusat Kawalan Melaka Tengah pada 10.40 pagi dan tiba di lokasi kejadian kira-kira 11.15 pagi,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Seorang lagi mangsa berjaya diselamatkan oleh pengunjung resort di pantai berkenaan iaitu abang kepada mangsa, Redzuan Ariff, 24, yang ditemui pada 11 pagi dan terus dibawa ke Hospital Alor Gajah untuk pemeriksaan lanjut.
Kenyataan itu menyebut operasi menyelamat melibatkan sembilan anggota bomba dengan bantuan agensi penguat kuasa termasuk Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, APM dan polis.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan A. Asmadi Abd Aziz yang dihubungi mengesahkan kejadian itu dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Alor Gajah untuk bedah siasat, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).
— BERNAMA
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://bit.ly/2otfQrO✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment