Hi! Welcome Back and Stay Tune! Remaja Berusia 14 Tahun Ini Digelar ‘Manusia Kalkulator’, Kini Menjadi Pensyarah Matematik Termuda Di Universiti Leicester - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Remaja Berusia 14 Tahun Ini Digelar ‘Manusia Kalkulator’, Kini Menjadi Pensyarah Matematik Termuda Di Universiti Leicester

Dengan miliki muka yang putih lagi suci, dan berbadan kecil, pasti korang tidak akan menyangkakan apa-apa yang luar biasa mengenai remaja ini. Remaja genius yang beragama Islam ini baru sahaja berusia 14 tahun, namun beliau merupakan salah seorang daripada kanak-kanak terbijak di Britain, yang telah ditawarkan untuk menjadi tenaga pengajar di sebuah universiti. Bayangkan, budak sekecil ini mampu untuk mengajar pelajar-pelajar yang berumur dua kali ganda dari usianya.

Yasha Asley, 14, diambil bekerja oleh Universiti Leicester kerana kebolehannya memahami permasalahan matematik dan dapat menerangkan dengan pantas dan sangat jelas.

Kanak-kanak genius ini ditemuduga dan ditawarkan bekerja ketika beliau berusia 13 tahun. Pihak pentadbiran di universiti tersebut perlu memohon kepada majlis bandaraya Leicester untuk memberikan kebenaran khas untuk mengambil Yasha bekerja disebabkan faktor umurnya yang terlalu muda. Tugas Yasha adalah untuk mengajar tutorial setiap minggu kepada. Tutorial yang diajar Yasha setiap minggu adalah untuk pelajar dewasa yang memerlukan bantuan dan tunjuk ajar untuk menyelesaikan soalan.

Selain mengajar, dalam masa yang sama juga beliau turut menyambung pengajiannya ke peringkat ijazah sarjana muda di universiti tersebut.  Beliau merupakan pelajar termuda di universiti tersebut, dan juga pensyarah termuda.

“Saya sedang menjalani masa yang paling seronok dalam hidup saya. Saya sangat suka pergi ke universiti dan saya seronok dengan kerja baru saya membantu pelajar lain. Tiada lagi pakaian seragam sekolah. Saya sangat berterima kasih,”

– Yasha Asley

Yasha yang juga digelar sebagai “manusia kalkulator”, sekarang berada di tahun akhir dan bercadang untuk menyambung pelajaran di tahap PhD apabila tamat kursus pengajian tersebut. Pelajar pintar ini bersekolah di sekolah rendah di negeri itu sebelum mendapat tempat untuk belajar di tahap ijazah sarjana muda dalam bidang matematik ketika hanya berusia 12 tahun pada 2014.

Beliau merupakan pelajar pertama di dunia yang mendapat gred A dalam matapelajaran matematik dalam A Level dengan mendapat markah 100 dan 99 dalam 2 kertas daripada 6 kertas peperiksaan ketika beliau hanya berusia 8 tahun. Beliau lulus A Level dalam mata pelajaran matematik dan statistik ketika berumur 9 dan 10 tahun.

Selepas menamatkan tahun 6 di sekolah rendah beliau terus sambung belajar di universiti. Dengan pencapaian beliau, Yasha berkata :

Saya amat menyukai subjek matematik kerana ia merupakan sains yang tepat. Ianya adalah satu-satunya sains yang anda boleh buktikan apa yang anda cakap itu betul. Ia juga sangat mudah dan subjek yang seronok untuk dipelajari,”

– Yasha Asley

Bapa yang bertuah, Moussa Asley, 53, yang membesarkan Yasha bersendirian di rumah mereka di Leicester berkata, “Saya sangat berbangga melihat dia berkembang maju dan membesar melakukan sesuatu yang dia sangat suka. Yasha sangat pintar dalam memahami sesuatu masalah dan menerangkan dengan sangat jelas membuatkan dia orang yang paling sesuai dengan kerja tersebut,”

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://bit.ly/2o2eGSO

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!



loading...
//

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.