Hi! Welcome Back and Stay Tune! Daren Fokus Hadapi Pusingan Kelayakan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Daren Fokus Hadapi Pusingan Kelayakan

PEMAIN perseorangan lelaki, Liew Daren. – Foto Abdullah Yusof

KUCHING: Fokus dijangka beralih kepada pemain perseorangan profesional, Liew Daren menjelang aksi pusingan kelayakan Terbuka Malaysia esok, selepas bekas juara remaja dunia 2011, Zulfadli Zulkifli menarik diri daripada kejohanan bertaraf Siri Super Premier itu.

Daren yang juga juara Taiwan Masters dan Korea Selatan tahun lalu, bertekad untuk memberi aksi terbaik dalam misi melangkah ke undian utama, sekali gus membuat perhitungan dengan pemain Denmark, Viktor Axelsen.

Juara Terbuka Perancis 2012 itu akan membuka tirai aksi pusingan kelayakan pertama menentang pemain Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Soo Teck Zhi.

“Sepatutnya saya menentang B Sai Praneeth (India) tetapi dia layak terus ke undian utama kerana ada pemain yang menarik diri. Jadi, saya akan bertemu Teck Zhi.

“Siapapun yang saya lawan, saya tidak kisah kerana apa yang penting adalah persiapan diri sendiri,” kata Daren.

Pemain kelahiran Kuala Lumpur itu berkata, persiapan dan latihan di Stadium Perpaduan Kuching berjalan baik dan dia sudah bersedia untuk beraksi.

“Fokus saya adalah untuk layak ke undian utama terlebih dulu tetapi saya perlu segera mencari rentak permainan kerana sudah hampir empat bulan tidak beraksi dalam kejohanan kompetitif,” katanya.

Sementara itu, Zulfadli berkata, dia menarik diri kerana baru pulih sepenuhnya daripada kecederaan hamstring dan tidak mempunyai banyak masa untuk membuat persiapan menghadapi Terbuka Malaysia itu.

“Saya baru berlatih dalam tempoh seminggu dan saya hanya akan menyertai Terbuka Singapura dan Kejohanan Badminton Asia (BAC) selepas ini,” katanya.

Selain Daren, pemain Malaysia yang akan turut beraksi pada pusingan kelayakan esok ialah Chong Wei Feng (perseorangan lelaki), Lim Yin Fun (perseorangan wanita), Tan Chee Tean-Tan Wee Gieen, Lee Jian Yi-Lim Zhen Ting, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani (beregu lelaki), Lim Chiew Sien-Teoh Mei Xing, Joyce Choong-Tee Jing Yi (beregu wanita) dan Low Hang Yee-Cheah Yee See (beregu campuran).

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://bit.ly/2oBJsQt

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!



loading...
//

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.