Hi! Welcome Back and Stay Tune! Siti Saleha Nikah 28 Julai - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Siti Saleha Nikah 28 Julai

Pelakon Siti Saleha mengumumkan bakal melangsungkan pernikahan dengan tunangnya, Lutfi Azhar, 31, pada 28 Julai depan.

Siti Saleha, 27, berkata majlis tersebut akan diadakan selepas solat Asar di sebuah lokasi yang masih dirahsiakan.

“Alhamdulillah saya sudah mendapat lokasi untuk melangsungkan perkahwinan dan sudah ada tarikh iaitu pda 28 Julai ini. Manakala majlis resepsi diadakan di lokasi lain pada keesokkannya.

“Majlis pihak lelaki pula akan diadakan seminggu selepas nikah. Kami memang mahu buat majlis pada tarikh yang dekat supaya mudah saudara mara yang jauh untuk datang,” ujarnya

Siti Saleha ditemui pada majlis taklimat Anugerah DFKL yang diadakan di Sri Pentas, Jumaat.
Tambahnya, dia menyerahkan tugas pengurusan majlis perkahwinan berkenaan kepada syarikat pengurusan majlis yang dilantik.

Ditanya tentang keterbukaannya untuk berkongsi detik bahagia itu bersama media, Siti Saleha berkata, dia akan berbincang dengan bakal suaminya terlebih dahulu.

“Saya tidak kisah jika ada media yang mahu membuat liputan pada majlis itu, namun saya akan berbincang dahulu dengan bakal suami.

“Saya takut jika dia tidak selesa pula kerana dia bukan selebriti,” ujarnya.
Sementara itu, katanya, majlis berkenaan bertemakan tradisional dan moden.

The post Siti Saleha Nikah 28 Julai appeared first on Berita Viral.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://bit.ly/2nuSEnP

✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.