Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tiada Kenaikan Caj Visa Ke India – PM Najib - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tiada Kenaikan Caj Visa Ke India – PM Najib

NEW DELHI: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan laporan bahawa kadar bayaran visa telah meningkat dari RM180 kepada RM456 untuk rakyat Malaysia melawat ke India.

“Tidak ada kenaikan caj untuk visa selama enam bulan. Malah, India sedang mewujudkan kategori baharu iaitu visa selama satu tahun,” katanya pada majlis resepsi untuk pegawai kerajaan dan ahli perniagaan Malaysia yang mengiringi beliau pada lawatan rasminya ke India di sini, malam tadi.

Beliau juga berkata Malaysia tidak memperkenalkan skim baharu visa untuk pelancong dari India dengan mengekalkan visa ketibaan percuma jika pelancong dari negara itu tinggal di Malaysia sehingga 15 hari.

Rakyat Malaysia meluahkan rasa kecewa terhadap tindakan negara itu selepas gambar ‘screenshot’ memaparkan struktur kadar baharu caj visa berkuat kuasa 1 April lepas yang kononnya dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tinggi India di Kuala Lumpur telah ditularkan.

Sementara itu, Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia, T.S. Tirumurti juga menafikan kenaikan kadar bayaran visa, sambil menjelaskan bahawa kontroversi itu disebabkan oleh kekeliruan awal terhadap jenis visa.

“Caj bayaran visa selama enam bulan untuk pelancong Malaysia dan bayaran untuk jenis visa lain akan kekal. Kami sebenarnya akan memperkenalkan visa untuk tempoh selama satu tahun,” katanya kepada pemberita di sini.

Katanya, visa selama setahun itu akan membolehkan lebih ramai rakyat Malaysia melawat berulang kali manakala permohonan visa dalam talian juga akan memudahkan pelawat berkunjung ke negara itu.

Malah, rakyat Malaysia berketurunan India juga digalak memohon Kad Kewarganegaraan Luar Negara India (OCI), yang membolehkan pemegang kad tersebut membuat kunjungan tanpa terhad dan tinggal di India, katanya.

“Kami akan terus melakukan inovasi bagi memudahkan rakyat Malaysia melawat India. Permohonan visa dalam talian akan diluluskan dalam tempoh dua hari sebaik bayaran dalam talian dilakukan dan visa dikeluarkan semasa ketibaan,” katanya.

Pada tahun 2015, sejumlah 722,141 pelancong India datang ke Malaysia berbanding 272,941 pelancong Malaysia melawat ke negara itu.

— BERNAMA

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://bit.ly/2ovTZj8

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!



loading...
//

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.