7 Panduan Membeli Kereta Baru
Entri kali ini ingin saya kongsikan beberapa panduan membeli kereta baru supaya anda tidak mudah tertipu. Berikut adalah:
7 Panduan Membeli Kereta Baru
1. Dapatkan harga atas jalan kenderaan
Tahukah anda, harga kereta dengan cat solid dan metallic mempunyai harga yang berlainan. Anda boleh merujuk laman web rasmi pengeluar kenderaan untuk membuat semakan harga atas jalan tersebut.
2. Semak diskaun / rebat jika ada
Dinasihatkan untuk menyemak pada laman web rasmi pengeluar kenderaan. Jangan terpedaya dengan tawaran diskaun atau rebat yang luar biasa, selalunya lebih tinggi daripada diskaun / rebat yang diumumkan oleh pengeluar kenderaan.
3. Minta jurujual kira bayaran kereta anda
Untuk pengetahuan anda, kiraan bulanan tersebut adalah anggaran jurujual sahaja. Tidak ada seorang jurujual pun yang boleh memberikan bulanan yang tepat kepada pelanggan kerana jumlah bulanan tersebut bergantung pada jumlah pinjaman, tahun pinjaman dan interest rate yang ditetapkan oleh bank.
4. Semak hadiah atau free gift yang ditawarkan
Pelanggan boleh berunding dan membuat tawar menawar dengan jurujual. Mintalah dengan berpada-berpada mengikut kemampuan jurujual. Kerana hadiah tersebut adalah daripada komisyen jurujual. Pendapatan jurujual adalah berdasarkan komisyen, jika pelanggan minta berlebihan, akan menganiaya jurujual. Apa yang penting anda mendapat kereta baru anda. Jangan hanya kerana mengejar hadiah bernilai 2-3 ratus tapi anda akhirnya hilang 3-4 ribu.
5. Lakukan penyediaan dokumen untuk membuat pinjaman
Setelah anda berpuas hati dengan maklumat di atas, anda boleh la menyediakan dokumen untuk membuat pinjaman. Berikut adalah senarai dokumen yang diperlukan untuk membuat pinjaman kereta di bank:
Pekerja kerajaan:
1. Salinan IC
2. Salinan Lesen
3. Payslip 3 bulan
4. Bank Statement 3 bulan (bergantung kepada bank)
Pekerja swasta:
1. Salinan IC
2. Salinan Lesen
3. Payslip 3 bulan. Kalau ada OT atau elaun sila bagi 6 bulan.
4. Bank Statement 3/6 bulan ikut payslip.
5. Penyata KWSP
Peniaga:
1. Salinan IC
2. Salinan Lesen
3. Salinan Pendaftaran Syarikat (SSM)
4. Bank Statement 6 bulan
Skim graduan (siswazah yang telah tamat):
1. Salinan IC
2. Salinan Lesen
3. Salinan Skrol Ijazah atau Diploma / Transcript
4. Surat tawaran kerja
Pelajar:
1. Salinan IC
2. Salinan Lesen
3. Kad Pelajar
4. Dokumen Penjamin (rujuk kepada pekerja swasta / kerajaan)
Setelah dokumen tersebut telah diserahkan kepada jurujual, jurujual akan membuat permohonan pinjaman di bank bagi pihak anda. Setelah jurujual menyerahkan permohonan kepada pihak bank, pelanggan akan di temuramah (interview) oleh pihak bank.
6. Tandatangan perjanjian pinjaman
Setelah anda berpuas hati dengan kelulusan tersebut, maka anda bolehlah setkan masa untuk menandatangani perjanjian pinjaman. Minta jurujual aturkan temujanji anda dengan pihak bank.
Setelah perjanjian ditandatangani, maka anda bolehlah menunggu pihak jurujual mendapatkan nombor casis untuk anda. Tempoh menunggu bergantung kepada stok kenderaan tersebut. Setelah anda menerima nombor chasis, anda boleh membuat pembayaran wang pendahuluan jika ada. Jangan membuat bayaran selagi anda tidak menerima nombor chasis.
7. Semak keadaan kereta yang diterima
Setelah anda benar-benar berpuas hati dengan keadaan kereta anda, bolehlah lakukan tuntutan hadiah yang dijanjikan. Kemudian tandatangan borang penyerahan kereta dan bawa pulang kereta baru anda.
Semoga bermanfaat! Harap-harap dapat membantu anda sebelum membuat pembelian kereta baru.
Sumber : ☕ Siakapkeli
class="fb-like" data-href="http://ift.tt/29MFLiA" data-layout="standard" data-action="like" data-size="small" data-show-faces="true" data-share="true">
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy and always take care! Jangan lupa untuk Like & Share! 👍 💕 ✍(◔◡◔)
Post a Comment