Hi! Welcome Back and Stay Tune! SPRM Johor Tahan Bekas Pegawai Kewangan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

SPRM Johor Tahan Bekas Pegawai Kewangan

JOHOR BAHRU – Seorang bekas pegawai kewangan sebuah syarikat swasta ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor hari ini kerana dipercayai mengemukakan tuntutan palsu bernilai kira-kira RM720,000.

Penahanan lelaki berusia 33 tahun itu dilakukan pada 1 tengah hari ini ketika hadir di ibu pejabat SPRM negeri di sini untuk memberi keterangan berhubung siasatan kes terbabit.

Menurut sumber, suspek dipercayai mengemukakan tuntutan palsu berhubung import dan eksport bahan kimia itu dari 2014 hingga 2016.

Menurutnya, setakat ini, kira-kira RM430,000 daripada nilai tuntutan yang dibuat telah berjaya dikesan oleh pasukan siasatan dan percaya terdapat lagi wang yang disembunyikan suspek.

Kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun atau lima kali ganda nilai suapan, mengikut mana yang lebih tinggi.

Pengarah SPRM Johor Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit dan berkata suspek akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Bahru esok untuk permohonan reman. – BERNAMA

[embedded content]

Loading…





Sumber : ☕ Berita Isu Panas

class="fb-like" data-href="http://ift.tt/29MFLiA" data-layout="standard" data-action="like" data-size="small" data-show-faces="true" data-share="true">

Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy and always take care! Jangan lupa untuk Like & Share! 👍 💕 ✍(◔◡◔)

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.