AFC Jamin Harimau Malaysia Selamat Di Korea Utara
Kuala Lumpur: Skuad Harimau Malaysia tetap akan berkunjung ke Pyongyang bagi aksi menentang Korea Utara dalam saingan Kumpulan B pusingan ketiga kelayakan bola sepak Piala Asia 2019 pada 28 Mac depan meskipun wujud kebimbangan mengenai tahap keselamatan susulan kes pembunuhan Kim Jong-nam, abang pemimpin republik itu Kim Jong-un di Malaysia, kelmarin.
Perkara itu disahkan Setiausaha Agung Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) Datuk Windsor Paul John yang memaklumkan perlawanan itu tetap akan berlangsung mengikut jadual.
“AFC sudah mendapat jaminan keselamatan pihak tuan rumah, jika tiada, kami tidak sesekali akan menganjurkan sesuatu perlawanan,” katanya ketika dihubungi Arena Metro semalam.
Dunia dikejutkan dengan kematian Jong-nam yang didakwa dibunuh dua wanita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA 2) sekali gus mencetuskan kebimbangan wujudnya ketegangan atau sebarang sekatan di Pyongyang.
Menurut Windsor, pihaknya akan terus memantau perkembangan semasa mengenai tahap keselamatan di Pyongyang bagi memastikan kelancaran perlawanan pertama Kumpulan B itu.
Sementara itu Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yakin skuad kebangsaan tidak akan menghadapi masalah dalam perjalanan ke Korea Utara untuk aksi pertama pusingan akhir kelayakan Piala Asia 2019 pada 28 Mac ini.
Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata pihaknya sedang berurusan dengan Persatuan Bola Sepak Korea Utara (PRKFA) dan pada masa ini, tiada masalah bagi skuad negara untuk mengunjungi Pyongyang.
“Setakat ini beberapa perlawanan di sana berlangsung dengan baik walaupun terdapat beberapa kekangan. Kita ikut prosedur operasi standard (SOP) seperti yang ditetapkan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dan FIFA.
“FAM juga bekerjasama dengan pasukan keselamatan kita mengenai perkara itu,” katanya kepada pemberita selepas majlis undian Piala FAM, Piala Presiden dan Piala Belia di sini, hari ini.
Pada pusingan kedua kempen kelayakan itu tahun lalu, Korea Utara bermain empat perlawanan peringkat Kumpulan H di Pyongyang menentang juara kumpulan, Uzbekistan, Filipina, Bahrain dan Yaman untuk muncul naib juara kumpulan dengan 16 mata daripada lapan perlawanan.
Skuad Harimau Malaysia dijangka mengadakan perlawanan persahabatan menentang Filipina di Manila atau sebuah kelab Liga China.
Skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee yang diundi dalam Kumpulan B bersama-sama Korea Utara, Hong Kong dan Lubnan, terpaksa membatalkan aksi persahabatan menentang Bahrain selepas mengambil kira faktor jarak dari negara Timur Tengah itu ke Pyongyang.
“Kita mungkin adakan aksi persahabatan dengan Filipina dan terus ke China kerana penerbangan ke Korea Utara berlepas dari Beijing. Jika tidak, kita akan bermain dengan kelab di China sebelum ke Pyongyang dari Beijing pada 26 Februari,” ujar Hamidin.
Comments
comments
Sumber : ☕ Berita Isu Panas
class="fb-like" data-href="http://ift.tt/29MFLiA" data-layout="standard" data-action="like" data-size="small" data-show-faces="true" data-share="true">
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy and always take care! Jangan lupa untuk Like & Share! 👍 💕 ✍(◔◡◔)
Post a Comment