Hi! Welcome Back and Stay Tune! Impian Jazeman Ke F1 Belum Padam - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Impian Jazeman Ke F1 Belum Padam

PELUMBA profesional negara, Jazeman Jaafar. – Foto Osman Adnan

KUALA LUMPUR: Pelumba profesional negara, Jazeman Jaafar mengakui impiannya untuk beraksi di perlumbaan elit – Formula Satu (F1) masih menyala namun akur peluangnya kini sudah semakin suntuk.

Masih segar dengan kejayaan menggondol Anugerah Pelumba Terbaik (empat roda) SIC-MAM 2016 baru-baru ini, pelumba berusia 25 tahun itu berkata tumpuannya kini terarah kepada perlumbaan yang disertainya tahun lalu iaitu siri GT dan Endurance.

“Perancangan tahun ini adalah sama seperti tahun lalu, beraksi di perlumbaan GT dan Endurance,” kata Jazeman.

“Begitupun, perincian mengenai pasukan, perlumbaan dan jentera masih belum dapat didedahkan ketika ini.

“Saya masih menilai tawaran dan bagi saya lebih baik tunggu selepas saya menandatangani kontrak terlebih dulu.”

Dianggap antara pelumba negara yang berpotensi besar beraksi di F1, Jazeman bertindak beralih angin ke perlumbaan GT pada tahun lalu selepas tidak lagi berada dalam Program Pembangunan Bakat PETRONAS yang menjadi penajanya sejak lapan tahun.

“Saya masih muda. Tetapi pelumba F1 ketika ini juga makin muda. Ia (F1) bukan keputusan saya seorang, ia memerlukan sokongan banyak pihak termasuk kerajaan.

“Di pihak saya, saya sudah membuktikan kemampuan saya antaranya menang tempat kedua di perlumbaan F3 dan sebagainya. Jadi saya ketika ini menunggu peluang dan fokus pada perlumbaan terutama di GT.

“Perlumbaan GT sememangnya arah yang berbeza daripada F1 dan ketika ini juga saya tidak lagi mempunyai tajaan selepas PETRONAS hentikan pada tahun lalu. Bagi saya, ini adalah perancangan jangka panjang saya ketika ini.”

Mengulas kemenangan di anugerah terbabit, Jazeman berkata dia mendedikasikannya kepada arwah bapanya, Datuk Jaafar Abdul Hamid yang meninggal dunia di Singapura, dua minggu lalu.

“Pertama sekali, saya dedikasikan anugerah ini kepada arwah bapa saya yang meninggal dua minggu lalu. Ini bukti perjalanan karier saya sejak berusia enam tahun dan semangat saya untuk terus capai kejayaan adalah demi arwah bapa saya.”

Sebelum beraksi di perlumbaan GT di Siri Endurance/Sprint Blancpain tahun lalu, Jazeman sebelum ini beraksi dalam saingan Formula Renault 3.5 Series bersama pasukan Fortec Racing.

Bersama pasukan HTP Motorsport Mercedes-AMG, Jazeman bersama dua lagi pelumba Dominik Baumann dan Maximilian Buhk berjaya menamatkan pusingan pertama perlumbaan terbabit di Litar Monza Itali di tempat kedua.





Sumber : ☕ Siakapkeli

class="fb-like" data-href="http://ift.tt/29MFLiA" data-layout="standard" data-action="like" data-size="small" data-show-faces="true" data-share="true">

Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy and always take care! Jangan lupa untuk Like & Share! 👍 💕 ✍(◔◡◔)

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.