Hi! Welcome Back and Stay Tune! Sabah Temu JDT II Tanpa Behe, Azzizan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Sabah Temu JDT II Tanpa Behe, Azzizan

JONATHAN Behe dan Azzizan Nordin.

KOTA KINABALU: Kunjungan skuad Sang Badak ke Stadium Pasir Gudang bertemu Johor Darul Ta’zim (JDT II) dalam saingan Liga Perdana malam esok, sedikit terjejas berikutan kehilangan dua tonggak utama mereka.

Dua pemain – penyerang import, Jonathan Behe serta pemain tengah, Azzizan Nordin yang masing-masing mengalami kecederaan hamstring, disahkan tidak akan bersama pasukan itu ke Johor.

Pengendali Sabah, Steve Vilmiaire mengakui ketiadaan dua pemain itu bakal menjejaskan sedikit corak permainan pasukannya kerana mereka adalah antara penggerak utama di jentera serangan.

“Sudah pasti ketiadaan mereka menjejaskan persiapan kami untuk perlawanan esok. Setakat ini, Behe telah menjaringkan dua gol dan menjadi penggerak kepada tiga lagi gol.

“Bagaimanapun, saya yakin pemain yang akan mengambil alih tugas mereka akan melakukan yang terbaik,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Vilmiaire dijangka akan menyenaraikan tiga pemain muda dari skuad Piala Presiden iaitu Hamran Peter, O’Neil Shanahan M Bungkilan dan Muhammad Zaki Sapri sebagai nama awal yang mungkin akan mengisi kekosongan ditinggalkan Behe dan Azzizan.

“Bagaimanapun, kita masih belum menentukan sama ada mereka akan berada dalam kesebelasan utama atau tidak, yang pasti saya akan tampilkan pemain terbaik,” katanya.

Mengulas pertemuan itu, beliau berkata adalah sukar bagi setiap pasukan untuk berdepan JDT II yang dianggap antara pasukan terbaik dalam liga.

“JDT II sudah menjaringkan banyak gol tetapi mereka juga dibolosi banyak kali. Mungkin ini detik terbaik kami kerana mereka juga kalah dua perlawanan berturut-turut,” katanya.

Sabah kini bergelut untuk mencapai prestasi terbaik mereka selepas hanya mengutip tiga mata daripada empat perlawanan.

Kekalahan 2-5 kepada ATM di gelanggang sendiri minggu lalu, juga memberi tamparan hebat kepada pasukan negeri di bawah bayu itu apabila terperosok di tangga ketiga tercorot liga, setakat ini.





Sumber : ☕ Siakapkeli

class="fb-like" data-href="http://ift.tt/29MFLiA" data-layout="standard" data-action="like" data-size="small" data-show-faces="true" data-share="true">

Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy and always take care! Jangan lupa untuk Like & Share! 👍 💕 ✍(◔◡◔)

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.