Beraksi Sebagai Gadis Jepun, Karlie Mohon Maaf
SUPERMODEL terkenal, Karlie Kloss memohon maaf selepas aksinya menggayakan diri sebagai seorang gadis Jepun menerusi sesi penggambaran muka hadapan Vogue edisi Amerika Syarikat keluaran Mac 2017 dikecam netizen.
Foto yang menunjukkan Karlie bergaya dalam persalinan gadis geisha menerima kecaman susulan dia menggayakan pakaian yang bukan dari susur galur keturunannya.
“Gambar-gambar yang saya ambil merupakan satu ‘pencemaran budaya’ yang mana saya langsung tak sensitif dengan menggayakan pakaian yang tiada kena-mengena dengan keturunan saya.
“Tujuan saya adalah untuk sentiasa memberikan inspirasi kepada setiap wanita, selepas ini saya akan lebih berhati-hati,” luahnya dalam laman mikro Twitter.
Penggambaran itu dilakukan demi meraikan diversiti budaya dan kaum di kalangan wanita seluruh dunia.
Selain menggayakan pakaian geisha, Karlie juga dilihat bergambar dengan seorang ahli sumo dalam seleksi aksinya itu.
Jika di Malaysia, kita terbuka bila mana gadis Melayu boleh berpakaian cheongsam dan sari dan begitu juga sebaliknya.
Namun begitu nampaknya pemikiran sesetengah masyarakat dunia masih lagi ‘sempit’ bila mana menghalang seseorang individu itu untuk menggayakan pakaian yang ‘lari’ daripada susur galur keturunannya.
Macam-macam hal… – MYNEWSHUB.CC
[embedded content]
Loading…
Sumber : ☕ Berita Isu Panas
class="fb-like" data-href="http://ift.tt/29MFLiA" data-layout="standard" data-action="like" data-size="small" data-show-faces="true" data-share="true">
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy and always take care! Jangan lupa untuk Like & Share! 👍 💕 ✍(◔◡◔)
Post a Comment