Harga Ikan Kembung Bakal Cecah RM25 Sekilo!
SUNGAI PETANI – Harga ikan temenung atau kembung segar yang dijual di Kuala Muda, Sungai Petani dijangka bakal mencecah RM25 sekilogram (kg) berikutan kekurangan bekalan, lapor Harian Metro.
Difahamkan, harga ikan berkenaan sejak minggu lalu telah mencecah RM20 sekilogram, iaitu peningkatan sebanyak dua kali ganda, berbanding hanya RM8 hingga RM10 sebelum ini.
Faktor kenaikan harga ikan itu berikutan musim monsun timur laut yang sedang melanda di negeri itu dan dijangka akan berlarutan sehingga April, sekaligus menyebabkan ramai nelayan bimbang ke laut untuk menangkap ikan.
Nelayan yang ditemui berkata, angin kuat dan ribut yang melanda sejak kebelakangan ini menjadi punca mereka tidak berani turun ke laut selain ikan temenung yang kurang akibat aktiviti pukat jerut lampu dan tunda.
Saedah Salleh, 45, berkata, ramai nelayan terutama pemilik bot pukat temenung tidak berani turun ke laut sejak dua minggu lalu.
“Jika keluar pun hanya separuh jalan saja, belum sempat labuh pukat dipukul angin kuat terpaksa tarik naik pukat dan segera balik ke jeti kerana takut bot terbalik.
“Hari ini, jam 9 pagi sudah kena angin kuat belum sempat labuh pukat. Musim monsun timur laut memang begini dan ia berlarutan sehingga April depan.
“Ketika inilah nelayan terpaksa bergolok gadai untuk belanja kerana ikan temenung tidak ada,” katanya.
Menurut Saedon, nelayan tidak ada pilihan, ditambah lagi dengan kos minyak menyebabkan harga jualan ikan temenung meningkat mendadak.
“Sebelum ini sekilogram ikan temenung segar dijual secara bisik antara RM8 sehingga RM10 kepada peraih dan peniaga.
“Tapi sejak lebih dua minggu ini harga naik antara RM12 sehingga RM18 sekilogram, jadi harga RM20 sekilogram di pasaran wajar kerana tiada bekalan ikan temenung,” katanya. -MYNEWSHUB.CC
[embedded content]
Loading…
Sumber : ☕ Berita Isu Panas
class="fb-like" data-href="http://ift.tt/29MFLiA" data-layout="standard" data-action="like" data-size="small" data-show-faces="true" data-share="true">
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy and always take care! Jangan lupa untuk Like & Share! 👍 💕 ✍(◔◡◔)
Post a Comment