Indonesia Tidak Masuk Campur Siasatan Terhadap Rakyatnya – Polis Indonesia
JAKARTA: Polis Indonesia tidak akan campur tangan dalam siasatan terhadap wanita pemegang pasport negara itu yang ditahan berkaitan kematian Kim Jong-nam, abang pemimpin tertinggi Korea Utara Kim Jong-un.
Ketua Bahagian Hubungan Masyarakat Polis republik itu Boy Rafli Amar berkata Indonesia menghormati proses undang-undang di Malaysia dan menyerahkan kes tersebut kepada pihak berkuasa negara berkenaan.
Kementerian Luar mengesahkan wanita yang ditahan itu, dikenali sebagai Siti Aishah, adalah rakyat Indonesia.
“Dari aspek perundangan, selagi tidak ada permohonan bantuan, kami menghormati proses hukum yang dijalankan terhadap warga negara kita di negara lain,” katanya kepada pemberita seperti yang dipetik media dalam talian hari ini.
BACA: Kedutaan Indonesia ingin berjumpa Siti Aishah untuk sahkan identitinya
BACA: Wanita kedua dalam kes bunuh Jong-Nam pegang pasport Indonesia
Kim Jong-nam yang dilahirkan di Pyongyang pada 10 Jun 1970, sedang menunggu penerbangan ke Macau di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 pada Isnin lalu apabila dikatakan seorang wanita menyerkup mukanya dengan kain mengandungi cecair beracun. Dia mati dalam perjalanan ke hospital Putrajaya.
Selain Siti Aishah, polis turut menahan wanita pemegang pasport Vietnam.
–BERNAMA
Sumber : ☕ Berita Isu Panas
class="fb-like" data-href="http://ift.tt/29MFLiA" data-layout="standard" data-action="like" data-size="small" data-show-faces="true" data-share="true">
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy and always take care! Jangan lupa untuk Like & Share! 👍 💕 ✍(◔◡◔)
Post a Comment