Berita Baik Untuk Warga KL Yang Hendak Beli Rumah, RUMAWIP Tawar Rumah Mampu Milik Yang Bakal Dibina Di Sentul
Pasti ramai golongan muda yang ingin membeli rumah terutamanya mereka yang bekerja di ibu negara Kuala Lumpur, namun kerana harga rumah di Kuala Lumpur yang terlalu tinggi menyebabkan hasrat untuk memiliki rumah terpaksa dilupakan dahulu.
Ada antara mereka yang berpendapatan sederhana terpaksa membeli rumah jauh dari pusat bandar atau jauh tempat kerja yang jaraknya melebihi 40 kilometer jauhnya untuk sebuah rumah yang selesa.
Namun, ada berita baik untuk anda semua, sebuah syarikat pemaju terkenal dengan kecantikan senibinanya, SkyWorld Development Sdn Bhd telah menawarkan Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (RUMAWIP) kepada mereka ingin memiliki rumah impian mereka.
Projek kondominium yang dinamakan sebagai SkyAwani 2 ini akan dibina berhampiran dengan pusat bandar Kuala Lumpur di mana harga yang ditawarkan amat rendah iaitu bermula hanya dengan RM300,000 sahaja berbanding kondominium seumpamanya yang berada disekitar harga melebihi RM500,000.
SkyAwani 2 akan dilengkapi kesemua 29 kemudahan.
Ianya akan dibina dua buah bagunan yang tinggi salah satunya adalah 39 dan 44 tingkat dimana luas setiap unit adalah 800 kaki persegi dengan 3 bilik tidur dan dua bilik mandi selain 3 tahap keselamatan dan 1 lot parking percuma selain bahagian grounfloor akan disediakan lot-lot komersial dan tingkat 1 dan 2 dengan Sovo Suites.
Kedudukannya yang berhampiran dengan pusat bandar Kuala Lumpur membuatkan ia amat sesuai dimiliki oleh mereka yang pentingkan keselesaan dan kemudahan ke tempat kerja di mana SkyAwani II adalah berhampiran Stesen Komuter dan juga Taman Metropolitan Batu.
Untuk memiliki unit rumah di SkyAwani II di bawah skim RUMAWIP ini anda mestilah warganegara Malaysia, berumur 18 tahun dan ke atas di mana gaji bulanan mestilah dibawah RM10,000(bujang) dan RM15,000 (suami dan isteri), dan mestilah menetap atau bekerja di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Jelas sekali unit yang ditawarkan ini merupakan satu perlaburan yang bijak untuk masa hadapan, dengan sewa yang agak mahal dan harga rumah yang bawah harga pasaran, amat rugi jika anda terutamanya golongan muda yang masih bujang atau sudah berkahwin yang ingin memiliki rumah pertama.
Untuk memiliki unit anda, anda boleh hadir ke blok B SkyWorld Property Gallery @ Setapak bermula 25 Februari 2017 ini atau boleh hubungi 03-4031 2999 atau 016-211 9892 untuk maklumat lanjut atau kunjungi www.skyawani2.my.
GYMNASIUM
POOL VIEW
Artikel dibawa oleh SkyWorld Development Sdn Bhd.
Sumber : ☕ Siakapkeli
class="fb-like" data-href="http://ift.tt/29MFLiA" data-layout="standard" data-action="like" data-size="small" data-show-faces="true" data-share="true">
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy and always take care! Jangan lupa untuk Like & Share! 👍 💕 ✍(◔◡◔)
Post a Comment