Hi! Welcome Back and Stay Tune! Politik Sekular DAP Berbahaya Kepada Negara! - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Politik Sekular DAP Berbahaya Kepada Negara!

KUALA LUMPUR – “PAS mengingatkan rakyat bahawa politik DAP adalah bahaya untuk negara,” kata Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

Kata beliau, negara akan menjadi rosak `dibawah tiang-tiang sekular’ jika DAP dibenarkan memerintah Malaysia menerusi kerjasama dengan Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM)

“DAP datang dengan tiang-tiang baru dengan tahap sekular yang berganda sepuluh. Ia jelas akan menambahkan kehancuran negara dalam kealpaan rakyatnya nanti.

“Parti Amanah Negara (PAN) adalah contoh awal kealpaan yang nyata. Amat malang,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Pakatan Harapan dianggotai oleh DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAN.

PAN ditubuhkan oleh beberapa bekas pemimpin PAS bagi menggantikan PAS sebagai parti Islam dalam Pakatan Harapan.

Pakatan Harapan kemudian menandatangani perjanjian kerjasama dengan PPBM.

PPBM diketuai Tun Dr. Mahathir Mohamad yang berdendam dengan UMNO kerana menolak hasrat beliau supaya anaknya, Datuk Seri Mukhriz mengetuai UMNO.

Terdahulu, Nik Mohamad Abduh menerangkan bahawa kesetiaan PAN kepada DAP dalam Pakatan Harapan sangat hebat dan boleh dianggap sebagai `lejen’

Selain itu, beliau menemplak parti PKR kerana menjaja PAS menyokong kezaliman di negara ini.

“PAN hanya ikut kata. Mabuknya belum habis. Setianya dengan DAP memang lejen. Satu dalam sejarah negara,” katanya.

Nik Mohamad Abduh seterusnya melahirkan rasa kesal ke atas Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang dianggap mengalami masalah mabuk politik seperti DAP dan PAN.

“Semoga Allah memilih yang terbaik daripada kalangan rakan-rakan dalam IKRAM untuk segera menyedari kesilapan dan memadamkannya,” katanya. -MYNEWSHUB.CC



[embedded content]

Loading…





Sumber : ☕ Berita Isu Panas

class="fb-like" data-href="http://ift.tt/29MFLiA" data-layout="standard" data-action="like" data-size="small" data-show-faces="true" data-share="true">

Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy and always take care! Jangan lupa untuk Like & Share! 👍 💕 ✍(◔◡◔)

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.