PAFA Tingkatkan Kawalan Keselamatan Di Stadium Perak
Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan. – Foto NSTP/Muhaizan Yahya
IPOH: Selepas didenda beraksi di stadium tanpa penonton, Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) akan meningkatkan kawalan keselamatan bermula dengan perlawanan Liga Super antara Perak dengan Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Perak, Sabtu ini.
Presiden PAFA, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan, berkata lebih 1,000 petugas – polis, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) akan ditempatkan untuk menjaga keselamatan penonton.
“Memang PAFA mahu meningkatkan kawalan semasa semua perlawanan Liga Super di Stadium Perak demi keselamatan penonton,” katanya.
Difahamkan, langkah keselamatan itu ditingkatkan berikutan beberapa insiden kekecohan penonton termasuklah membabitkan penyokong Perak dengan JDT pada 6 Ogos 2016.
Berikutan insiden itu, PAFA didenda RM47,000 dan dikenakan hukuman bermain tiga perlawanan di laman sendiri tanpa penyokong.
Begitupun Jawatankuasa Rayuan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menerima rayuan skuad Bos Gaurus dan mengurangkan hukuman kepada dua perlawanan bermula perlawanan dengan Melaka United dalam Liga Super pada 4 Februari lalu.
Skuad Perak beraksi di stadium kosong buat kali kedua ketika menentang pasukan Persatuan Bola Sepak Melayu Selangor (PBMS) dalam pusingan kedua Piala FA, kelmarin.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2kBURfY✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment