Hi! Welcome Back and Stay Tune! KPDNKK Urus Pembayaran Subsidi Minyak Masak Kepada Syarikat Pembungkusan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

KPDNKK Urus Pembayaran Subsidi Minyak Masak Kepada Syarikat Pembungkusan

KUALA LUMPUR: Kekurangan bekalan minyak masak di beberapa negeri ketika ini disebabkan kegagalan syarikat pembungkusan mengemukakan dokumen lengkap bagi proses tuntutan subsidi.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata beliau telah berbincang dengan Menteri Kewangan II Datuk Seri Johari Abdul Ghani bagi menyelesaikan isu pembayaran subsidi kepada syarikat terbabit.

“Ada sedikit masalah teknikal seperti borang (tuntutan daripada syarikat pembungkusan) tidak lengkap.

“Saya sudah pun berbincang dengan Menteri Kewangan II untuk membantu masalah ini, KPDNKK akan ambil alih untuk menyelesaikan dan membayar terus kepada syarikat pembungkusan,” katanya.

BACA: KPDNKK bekerjasama dengan SKMM tangani budaya ‘berita tergempar’

BACA: Kerajaan tidak keluarkan notis kenaikan harga minyak kepada peniaga – Hamzah Zainuddin

Beliau berkata demikian bagi menjawab isu kekurangan minyak masak di pasaran selepas menyampaikan amanat 2017 kepada gerakan koperasi, Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) dekat sini hari ini.

Semalam, KPDNKK turut mengarahkan 48 pasar raya di Kelantan mengehadkan pembelian minyak masak bersubsidi kepada dua kilogram seorang bagi mengatasi kekurangan bekalan bahan asas itu di pasaran ketika ini.

— BERNAMA





Sumber : ☕ Berita Isu Panas

class="fb-like" data-href="http://ift.tt/29MFLiA" data-layout="standard" data-action="like" data-size="small" data-show-faces="true" data-share="true">

Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy and always take care! Jangan lupa untuk Like & Share! 👍 💕 ✍(◔◡◔)

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.