Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kedutaan Indonesia Ingin Berjumpa Siti Aishah Untuk Sahkan Identitinya - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kedutaan Indonesia Ingin Berjumpa Siti Aishah Untuk Sahkan Identitinya

KUALA LUMPUR: Kedutaan Indonesia di sini telah menghubungi Kementerian Luar Malaysia bagi mendapatkan kebenaran untuk menemui wanita yang memegang pasport negara itu yang ditahan pagi tadi berhubung kematian Kim Jong-nam, abang pemimpin Korea Utara.

Menteri Penasihat Bahagian Informasi, Sosial dan Budaya kedutaan itu Trigustono Supriyanto berkata pertemuan itu bagi mengesahkan identiti wanita itu serta ketulenan pasport yang dimilikinya.

“Saya hanya menerima maklumat mengenai penahanan wanita itu yang memegang pasport negara kami menerusi aplikasi WhatsApp yang dihantar oleh rakan dan tiada makluman rasmi daripada pihak berkuasa Malaysia kepada kami.

“Sejurus selepas mendapat maklumat itu, kami telah berhubung dengan Kementerian Luar Malaysia dan sehingga kini, kami masih menunggu maklum balas daripada mereka,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di pejabatnya.

BACA: Seorang lagi suspek wanita ditahan terkait kematian Kim Chol – KPN Khalid

BACA: Wanita kedua dalam kes bunuh Jong-Nam pegang pasport Indonesia

Katanya selagi tidak dapat menemui wanita itu, kedutaan tidak dapat mengesahkan identitinya.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, dalam satu kenyataan, berkata wanita bernama Siti Aishah dan dilahirkan di Serang, Indonesia, pada 11 Feb 1992 ditahan awal pagi tadi. Dia memegang pasport Indonesia.

Ia adalah wanita kedua ditangkap bersabit kematian Jong-nam susulan penahanan wanita dikenali sebagai Doan Thi Huong, 29, yang memegang pasport Vietnam di klia2 pada pukul 8.20 pagi semalam.

Isnin lepas, Jong-nam yang menggunakan nama Kim Chol, dilaporkan berada di klia2 pada pukul 8 pagi untuk menaiki penerbangan ke Macau pada Isnin dan kemudian meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya setelah meminta bantuan di kaunter lapangan terbang berkenaan.

— BERNAMA





Sumber : ☕ Berita Isu Panas

class="fb-like" data-href="http://ift.tt/29MFLiA" data-layout="standard" data-action="like" data-size="small" data-show-faces="true" data-share="true">

Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy and always take care! Jangan lupa untuk Like & Share! 👍 💕 ✍(◔◡◔)

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.