Hi! Welcome Back and Stay Tune! Honda Malaysia Bakal Lancar Dua Model Baharu Tahun Ini – CR-V 1.5 VTEC Turbo Dan Jazz Sport Hybrid? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Honda Malaysia Bakal Lancar Dua Model Baharu Tahun Ini – CR-V 1.5 VTEC Turbo Dan Jazz Sport Hybrid?

Pada Majlis Honda Malaysia bersama media hari ini, syarikat berkenaan turut mendedahkan hala tujuya untuk tahun 2017, yang antaranya mendedahkan bakal melancarkan sekurang-kurangnya dua lagi model baharu selain BR-V dan City.

Honda masih lagi tidak mendedahkan model-model tersebut, namun menurut naib presiden Honda Malaysia Akbar Danial, dua model berkenaan antaranya adalah model baharu sepenuhnya (Full Model Change) dan juga model yang disegarkan semula. Beliau turut menyebut syarikatnya bakal memperkenalkan model baharu dengan enjin VTEC Turbo dan membawa teknologi Sports Hybrid i-DCD.

Jadi, boleh dijangka dua model berkenaan adalah SUV segmen-C CR-V generasi terbaharu yang menggunakan enjin 1.5 liter VTEC Turbo dan juga Jazz versi Sport Hybrid i-DCD.

Untuk CR-V, model ini telah didedahkan untuk peringkat global tahun lalu. Untuk varian 1.5 liter VTEC turbo, ia masih menggunakan enjin yang sama pada Civic FC. Tetapi ditala untuk menghasilkan lebih kuasa iaitu 190 hp pada 5,600 rpm dan tork 243 NM antara 2,000 hingga 5,000 rpm.

Bagi Jazz Sport Hybrid i-DCD pula, model ini telah dipamerkan di Malaysia Autoshow tahun lalu dalam bentuk prototaip. Bateri lithium-ion yang terletak di bahagian ruang kargo belakang unit yang dipamerkan tersebut sudahpun diletakkan dengan pelekat-pelakat amaran bukan sahaja dalam bahasa Inggeris dan Thai, malah ia turut hadir dengan amaran berbahasa Melayu.

Jazz GK Hybrid ini belum lagi dipasarkan di mana-mana negara di ASEAN termasuk Thai. Untuk pasaran Jepun, ia diberikan unit janakuasa yang digelar Sports Hybrid i-DCD berkenaan menggunakan enjin 1.5 liter DOHC i-VTEC kitaran Atkinson berkuasa 110 PS/134 Nm bersama motor elektrik berkuasa 29.5 PS/160 Nm dengan suapan kuasa dari bateri lithium-ion. Kuasa dialirkan ke roda hadapan menggunakan kotak gear klac berkembar tujuh-kelajuan.





Sumber : ☕ Siakapkeli

class="fb-like" data-href="http://ift.tt/29MFLiA" data-layout="standard" data-action="like" data-size="small" data-show-faces="true" data-share="true">

Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy and always take care! Jangan lupa untuk Like & Share! 👍 💕 ✍(◔◡◔)

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.