Arsene Wenger Sesali Igauan Buruk Di Munich
PENGURUS Arsenal, Arsene Wenger, hanya dapat mengeluh terhadap igauan yang dialami pasukannya dalam kekalahan 1-5 yang mengaibkan kepada Bayern Munich dalam Liga Juara-Juara.
Arsenal kini di ambang penyingkiran dalam pusingan 16 buat musim ketujuh berturut-turut selepas kekalahan di Allianz Arena itu awal pagi tadi.
Alexis Sanchez menjaringkan gol penyamaan selepas jaringan pendahuluan Arjen Robben untuk kedudukan terikat pada rehat separuh masa tapi gol berganda Thiago Alcantara dan selebihnya oleh Robert Lewandowski dan Thomas Muller memuktamadkan kemenangan besar Bayern.
“Kami benar-benar bermasalah selepas gol ketiga mereka. Kami kehilangan permainan tersusun kami dan penat dari segi mental,” kata pengurus berbangsa Perancis itu dalam siding akhbar kemudian.
“Tempoh 25 minit terakhir adalah satu igauan buat kami. Ia kelihatan seolah-olah kami tiada tindak balas.”
Kehilangan kapten dan bek tengah, Laurent Koscielny, gara-gara kecederaan pada awal separuh masa kedua mencetus keruntuhan Arsenal.
Kini, kata Wenger, pasukannya perlu menangani kesan kekalahan besar itu menjelang perlawanan timbal balik di Stadium Emirates pada 7 Mac.
“Hakikatnya ketika ini ialah kami perlu menangani kekalahan besar ini. Kami mendapat satu keputusan yang sangat teruk.”
Sumber : ☕ Berita Isu Panas
class="fb-like" data-href="http://ift.tt/29MFLiA" data-layout="standard" data-action="like" data-size="small" data-show-faces="true" data-share="true">
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy and always take care! Jangan lupa untuk Like & Share! 👍 💕 ✍(◔◡◔)
Post a Comment