Hi! Welcome Back and Stay Tune! Vietnam Cadang Hantar Lebih Ramai Pekerja Mahir Ke Luar Negara, Atasi Pengangguran - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Vietnam Cadang Hantar Lebih Ramai Pekerja Mahir Ke Luar Negara, Atasi Pengangguran

HANOI – Kementerian Buruh Vietnam bercadang untuk menghantar lebih ramai pekerja mahir ke luar negara dalam tempoh beberapa tahun akan datang, memandangkan jumlah pengangguran di negara itu mencecah jutaan orang, lapor agensi berita China Xinhua.

Timbalan Menteri Buruh, Orang Kurang Upaya dan Hal Ehwal Sosial (MoLISA) Doan Mau Nghiep berkata, pelan itu akan menumpukan kepada penghantaran jurutera ke Korea Selatan, pekerja kesihatan ke Jepun dan Jerman serta meneroka pasaran baharu seperti di Slovakia, Republik Czech dan Israel.

“Ia sebagai satu langkah penyelesaian MoLISA membantu pekerja mahir kelulusan universiti dan kolej yang sukar mendapatkan pekerjaan,” kata Nghiep kepada akhbar dalam talian tempatan VNExpress pada Khamis.

“Namun kajian perlu dijalankan sama ada kualiti pekerja memenuhi keperluan negara penerima,” katanya.

Statistik rasmi menunjukkan terdapat kira-kira 1.1 juta penganggur, 2.3 peratus daripada tenaga kerja. Satu pertiga daripadanya terdiri daripada graduan kolej.

Pakar tempatan berpendapat kualiti pekerja Vietnam secara keseluruhan masih rendah berbanding negara Asian lain.

Sebelum ini, Vietnam mensasarkan menghantar 105,000 pekerja ke luar negara pada 2017. Tahun lepas adalah tahun ketiga berturut-turut Vietnam menghantar lebih 100,000 pekerja ke luar negara. – BERNAMA

[embedded content]

Loading…





Sumber : ☕ Berita Isu Panas

class="fb-like" data-href="http://ift.tt/29MFLiA" data-layout="standard" data-action="like" data-size="small" data-show-faces="true" data-share="true">

Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy and always take care! Jangan lupa untuk Like & Share! 👍 💕 ✍(◔◡◔)

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.