Hi! Welcome Back and Stay Tune! ‘Saya Lah Naruto Sebenar’ – Fazreeq Naruto Suhairi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

‘Saya Lah Naruto Sebenar’ – Fazreeq Naruto Suhairi

UZUMAKI NARUTO, watak karakter komik jepun yang sejak semalam lagi menjadi bualan hangat daripada netizen berikutan tindakan seorang bapa menamakan anaknya dengan watak kartun Jepun itu.

Penyampai radio Shah Rizal Sulaiman menerima kritikan netizen setelah mendedahkan nama anaknya yang baharu lahir sebagai ‘Muhammad Putra Naruto bin Mohd Shah Rizal’ seperti yang tertera pada sijil kelahiran.

Namun, ternyata kisah bayi bernama Naruto itu hanyalah gurauan daripadanya setelah bekas peserta Raja Lawak itu mendedahkan ia telah disunting sebelum dimuat naik di laman sosial.

Mungkin ada yang beranggapan hanya bapa yang terlalu taksub dengan komik jepun dan ‘hati kering’ sahaja yang akan berbuat demikian bukan?

Tetapi tahukah anda, pemilik nama watak ‘Naruto’ ini semenangnya wujud di Malaysia?

Menerusi laman sosial, seorang pelukis grafik mendedahkan yang mana anaknya yang bernama ‘Muhammad Fazreeq Naruto Bin Suhairi ‘ kini telah pun berusia lapan tahun dan merupakan pelajar tahun dua di sekolah Kebangsaan Sungai Binjai, Klang, Selangor.

Pagi tadi netizen diperanjatkan dengan berita kelahiran Naruto di Bentong Pahang. Petang tadi aku dapat tau berita tu tak betul.

Sungguh klepet! Untuk membetulkan fakta sebenarnya memang dah lama wujud Naruto di Pekan Meru Klang. Dah 8 tahun pun… hef hef hef,” tulisnya Suhairi Shamsudin di laman Facebook.

Menurut Suhairi, anaknya itu lahir pada 19 Januri 2009 di Hospital Besar Tengku Ampuan Rahimah dan nama ‘Naruto’ diberikan kepada anaknya disebabkan terlalu meminati watak popular negara matahari terbit itu.

Apa-apa pun diharapkan agar adik Fazreeq Naruto membesar sebagai anak yang saleh dan kelak menjadi manusia yang berguna kepada agama, ibu bapa dan negara. Jangan bercita-cita ingin menjadi ‘Hokage’ pula ya! -MYNEWSHUB.CC

[embedded content]

Loading…





Sumber : ☕ Berita Isu Panas

class="fb-like" data-href="http://ift.tt/29MFLiA" data-layout="standard" data-action="like" data-size="small" data-show-faces="true" data-share="true">

Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy and always take care! Jangan lupa untuk Like & Share! 👍 💕 ✍(◔◡◔)

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.